Manny Pacquiao kekalkan kejuaraan welterweight WBA

Astro Awani
Januari 20, 2019 19:57 MYT
Manny Pacquiao mengekalkan kejuaraan weltwerweight WBA yang dipegangnya selepas menumpaskan Adrien Broner, pada Ahad. - Foto AP
PETINJU lagenda dari Filipina Manny Pacquiao berjaya mengekalkan kejuaraan weltwerweight Persatuan Peninju Dunia (WBA) yang dipegangnya selepas menewaskan Adrien Broner di Las Vegas, pada Ahad.
Memetik laporan BBC, Pacquiao, 40 tahun menumpaskan Broner dari Amerika Syarikat, yang jauh lebih muda darinya menerusi keputusan sebulat suara.
Ketiga-tiga juri memberikan mata 117-111, 116-112, 116-112 yang memihak kepada Pacquiao, selepas dia mendominasi pertarungan tersebut hingga pusingan ke-12.
Kemenangan itu melebarkan rekod profesionalnya kepada 61-7-2.
Dalam pada itu, Pacquiao turut memaklumkan dia kini sedia untuk mengadakan pertarungan semula (rematch) dengan bintang tinju Amerika, Floyd Mayweather yang pernah menewaskannya pada Mei 2015 dahulu.
"Suruh dia kembali ke gelanggang dan kita akan berlawan. Saya sedia bertarung dengan Floyd Mayweather sekiranya dia sedia kembali bertinju," katanya.
Bagaimanapun, Mayweather yang berada di barisan penonton pada ketika itu, tidak memberi apa-apa respons.
Mayweather pada 1 Januari lalu, telah menumbangkan petinju Jepun Tenshin Nasukawa dalam satu perlawanan pertunjukan di Tokyo, Jepun.
#Adrien Broner #Floyd Mayweather #kejuaraan weltwerweight #Las Vegas #Manny Pacquiao #Persatuan Peninju Dunia #WBA
;