Manny Pacquiao cadang kembali bertinju tahun ini

Agensi
Julai 13, 2016 09:15 MYT
Pacquiao (kanan) bercadang untuk kembali menyarung kembali sarung tinju hujung tahun ini. - Gambar fail
Bintang tinju Filipina Manny Pacquiao bercadang untuk kembali semula ke gelanggang menentang lawan yang masih belum diketahui, lapor ESPN pada Selasa.
Ejen Promosi Pacquiao, Bob Arum memaklumkan ESPN bahawa bekas juara welterweight tersebut bercadang untuk berlawan sama ada pada Oktober 29 atau November 5 di Las Vegas selagi ia tidak bertindih dengan tugasnya sebagai ahli senat di Flilipina.
"Manny ingin kembali," kata Arum.
Ahli kongres sejak 2010, Pacquiao berdepan masalah untuk memastikan ia tidak bertindih dengan tugas rasmi beliau.
"Kami sudah menjadualkan satu perlawanan pada Oktober 15 di Mandalay Bay, Filipina.
"Namun kami dimaklumkan beliau perlu meluangkan masa menjelang tarikh tersebut untuk melaksanakan tugas-tugas berkaitan perangkaan bajet. Jadi kami melihat pada tarikh Oktober 29 atau November 5," tambahnya.
Pada tahun lalu, Pacquiao menyuarakan hasratnya untuk bersara tahun ini untuk memberi fokus kepada karier politik terutama cita-citanya untuk bergelar senator.
#Bob Arum #eninju Filipina Manny Pacquiao bercadang untuk kembali semula ke gelanggang menentang lawan yang masih belum diketahui
;