Mangsa yang digigit Suarez pula kata hukuman FIFA terlalu berat

Astro Arena
Jun 28, 2014 17:08 MYT
Chiellini bercakap sehari selepas penyerang Liverpool itu digantung empat bulan
Mangsa yang digigit oleh Suarez Giorgio Chiellini memberitahu Fifa menghukum Suarez terlalu berat.
Chiellini bercakap sehari selepas penyerang Liverpool itu digantung empat bulan dari sebarang aktiviti berkait dengan bola sepak, digantung sembilan perlawanan antarabangsa dan didenda GBP65,000 (RM335 ribu).
Pertahanan Itali dan Juventus itu berkata, "Saya rasa Fifa telah memberikan hukuman yang terlalu berat, empat bulan tanpa sebarang aktiviti bola sepak boleh menggugat kariernya sebagai pemain."
"Selepas mendapat tahu keputusan dari Fifa, tiada langsung perasaan gembira, marah atau dendam akibat perbuatannya terhadap diri saya."
"Fikiran saya sekarang adalah mengenai Luis dan keluarganya, kerana mereka akan melalui waktu yang sukar," ujar pemain Itali itu sewaktu ditemubual wartawan David Woods.
Chiellini yang telah digigit oleh Suarez di bahu pada perlawanan Uruguay dan Itali akan membuat rayuan untuk Suarez supaya diringankan hukumannya.
Pemain England Wayne Rooney yang telah digantung tiga perlawanan kerana menendang Miodrag Dzudovid telah dikurangkan dendanya kepada dua perlawanan oleh UEFA pada tahun 2011 apabila pemain pertahanan itu membuat rayuan supaya dikurangkan hukumannya.
Sebaliknya bagi legenda Itali Alessandro Nesta hukuman Suarez setimpal dengan perbuatannya. -- Astro Arena
#Brasil #Brazil #England #FIFA #Luis Suarez #Piala Dunia #Suarez Giorgio Chiellini #Uruguay
;