Mancini kecam laporan dia bakal dipecat
Agensi
Februari 16, 2013 09:37 MYT
Februari 16, 2013 09:37 MYT
Pengurus Manchester City, Roberto Mancini mengecam laporan berhubung kedudukannya selaku pengurus kelab kaya itu.
Ramai pemerhati beranggapan Mancini bakal dipecat sekiranya gagal mengatasi Leeds United dalam saingan pusingan kelima piala FA Inggeris.
Secara sinis, Mancini melihat pandangan pemerhati itu sebagai mereka yang tidak memahami erti pengurusan dalam bola sepak.
Mancini yang menggantikan Mark Hughes pada Disember 2009 membawa tiga gelaran buat kelab berkenaan iaitu piala FA, Liga Perdana Inggeris dan perisai komuniti.
Bagaimanapun musim ini mereka telah tersingkir dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.
Lebih menambah tekanan, City kini ketinggalan 12 mata di belakang jiran Manchester United dalam misi mempertahankan gelaran liga.
Secara realistik hanya piala FA menjadi sasaran utama city bagi memastikan mereka tidak menamatkan musim ini dengan tangan kosong.