Manchester United, Wrexham berentap di San Diego

Sinar Harian
Mac 28, 2023 10:40 MYT
Manchester United (kiri) kini menduduki tangga ketiga liga dengan 50 mata selepas mengharungi 26 perlawanan, sementara Wrexham (kanan) sebelum ini terkenal kerana dibeli pelakon Ryan Reynolds dan Rob McElhenney. - Foto Sinar Harian
MANCHESTER United akan menentang kelab bukan liga, Wrexham AFC di San Diego Amerika Syarikat pada 25 Julai.
Menurut kelab itu, ia yang merupakan sebahagian daripada aksi pra musim panas kelab tersebut bagi persediaan menghadapi musim baharu.
"Perlawanan akan berlangsung di Stadium Snapdragon, gelanggang kelab Liga Bola Sepak Wanita Kebangsaan, San Diego Wave FC pada 25 Julai.
"Pasukan akan memberi tumpuan kepada pemain remaja skuad jelajah United yang ditambah dengan prospek akademi kelab dalam aksi berdepan Wrexham," kata The Red Devils.
Sebagai rekod, Wrexham merupakan kelab Liga Nasional Divisyen Lima, sebelum ini terkenal selepas dibeli pelakon Hollywood, Ryan Reynolds dan Rob McElhenney pada 2020 setelah pemilik baharu menyiarkan siri dokumentari bertajuk 'Selamat Datang ke Wrexham.
Dalam pada itu, United masih belum mengumumkan lawan, tarikh atau tempat untuk baki perlawanan jelajah di Amerika Syarikat.
Manchester United asuhan Erik ten Hag kini menduduki tangga ketiga liga dengan 50 mata selepas mengharungi 26 perlawanan akan berdepan Newcastle United di St James Park pada Ahad ini. - Sinar Harian
#Manchester United #Wrexham AFC #San Diego #aksi pra musim panas
;