Manchester United umpama kelab dalam pembinaan

Sinar Harian
November 2, 2021 09:21 MYT
Reaksi Gian Piero Gasperini ketika perlawanan Serie A antara Atalanta dan Udinese di Stadium Gewiss, Bergamo, Itali, 24 Okt, 2021. (Foto AP)
MANCHESTER United biarpun diibaratkan umpama kelab dalam pembinaan, namun kelab Serie A, Atalanta BC tetap berwaspada dengan ancaman menjelang perlawanan pusingan kedua peringkat Kumpulan F saingan Liga Juara-Juara di Atleti Azzurri d'Italia.
Atalanta yang bakal menyahut cabaran anak buah Ole Gunnar Solskjaer di Bergamo awal pagi Rabu, menyifatkan perlawanan menentang gergasi Inggeris itu bukan perkara asing kepada kelab Serie A itu.
Pengendali Atalanta BC, Gian Piero Gasperini berkata: "Kami berdepan City dan Liverpool sebelum ini pada ketika kedua-dua kelab berada dalam tahap terbaik, pasukan mantap tersusun baik untuk beberapa tempoh dengan gaya permainan mereka.
“United pula nampaknya seperti sebuah pasukan dalam pembinaan yang masih mempunyai beberapa perkara perlu diselesaikan. Tetapi mereka mempunyai potensi yang besar.
“Mereka berkemungkinan melakar kekalahan kepada kemenangan yang mengagumkan, tetapi itu tidak menghilangkan sebarang potensi mereka," katanya.
Manchester United dalam beberapa perlawanan sebelum ini berdepan prestasi turun naik saingan domestik dan Eropah bermula dengan kemenangan 3-2 ke atas kelab Itali itu dua minggu lalu, diikuti dikejutkan kekalahan 0-5 kepada Liverpool di Stadium Old Trafford sebelum bangkit mengejutkan Tottenham Hotspur 3-0 di Stadium Tottenham Hotspur.
Pada perlawanan pertama di Stadium Old Trafford pada 20 Oktober lalu, The Red Devils bangkit ketinggalan 0-2 pada babak pertama untuk menang 3-2 ke atas anak buah Gasperini.
“Perlawanan kedua menentang Manchester United ini bukan lagi seperti sebelum ini.
Artikel asal di Sinar Harian
#Manchester United #kelab dalam pembinaan #Atalanta BC #Gian Piero Gasperini
;