Manchester United tolak Liga Super Eropah

Astro Arena
Disember 22, 2023 09:02 MYT
United merupakan salah satu daripada 12 kelab yang cuba mengasaskan liga kontroversi, Liga Super Eropah pada 2021 sebelum menarik diri ekoran bantahan peminat. - Foto Stadium Astro
MANCHESTER UNITED berikrar melunaskan komitmen mereka dalam pertandingan anjuran Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dan Liga Perdana Inggeris (EPL) berikutan keputusan mahkamah yang nampaknya membuka pintu kepada usaha menghidupkan semula menubuhkan Liga Super Eropah.
Kelab-kelab yang menyokong Liga Super Eropah mengisytiharkan kemenangan mereka selepas mahkamah mendapati peraturan yang memerlukan kebenaran UEFA terlebih dahulu untuk sebarang pertandingan baru adalah bertentangan dengan undang-undang EU.

United's response to todays European Super League judgement.#MUFC

— Manchester United (@ManUtd) December 21, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun, United -- yang merupakan salah satu daripada 12 kelab yang cuba mengasaskan kontroversi Liga Super pada 2021 sebelum menarik diri ekoran bantahan peminat -- berkata mereka komited dengan pertandingan sedia ada.
"Kedudukan kami tidak berubah," menurut kelab itu dalam satu kenyataan.
"Kami tetap komited sepenuhnya untuk menyertai pertandingan anjuran UEFA melalui kerjasama positif dengan UEFA, EPL dan rakan-rakan kelab yang lain melalui pembangunan berterusan dalam kancah Eropah."
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
#Manchester United #Liga Super Eropah #Liga Perdana Inggeris #EPL #UEFA