Manchester United sambar Zirkzee

Sinar Harian
Julai 14, 2024 06:15 MYT
Zirkzee menjaringkan 12 gol dalam 37 penampilan untuk Bologna musim lalu selain turut menjadi sebahagian daripada skuad Belanda yang mara ke separuh akhir Euro 2024. - Foto Manchester United
MANCHESTER United menandatangani penyerang Belanda, Joshua Zirkzee dari Bologna dalam perjanjian bernilai £36.5 juta (RM221 juta) pada Ahad.
Zirkzee bersetuju menandatangani kontrak lima tahun dengan kelab Liga Perdana Inggeris itu termasuk pilihan lanjutan 12 bulan lagi.
Pemain berusia 23 tahun itu menjadi terkenal dalam saingan Serie A musim lalu apabila dia membantu Bologna layak ke Liga Juara-Juara.
Dia menjaringkan 12 gol dalam 37 penampilan untuk Bologna musim lalu selain turut menjadi sebahagian daripada skuad Belanda yang mara ke separuh akhir Euro 2024.
"Saya seorang pemain yang sentiasa mendedikasikan segala-galanya untuk menang, saya bersedia untuk cabaran seterusnya ini. Melangkah ke tahap lain dalam kerjaya saya dan memenangi lebih banyak trofi," kata Zirkzee yang memulakan karier seniornya bersama Bayern Munich.

Ready to make his mark Joshua Zirkzee: welcome to Manchester United #MUFC

— Manchester United (@ManUtd) July 14, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Setelah mengadakan perbincangan dengan pengurus dan pemimpin kelab, saya tahu betapa menariknya masa depan di sini dan saya tidak sabar untuk memainkan peranan saya dalam mencapai kejayaan untuk Manchester United.
"Adalah satu keistimewaan untuk menyertai kelab ikonik seperti ini. Saya perlu berehat sebentar sekarang selepas bersama pasukan kebangsaan, tetapi saya akan kembali bersedia untuk memberi impak serta-merta," katanya.
Zirkzee akan bersaing dengan Rasmus Hojlund, Marcus Rashford, Alejandro Garnacho dan Antony untuk mendapatkan tempat dalam skuad United. - Sinar Harian
#Manchester United #Liga Perdana Inggeris #Joshua Zirkzee #kontrak
;