Manchester United raih pendapatan tinggi tapi masih rugi
Astro Arena
Oktober 27, 2023 10:50 MYT
Oktober 27, 2023 10:50 MYT
MANCHESTER United mencatat rekod pendapatan Liga Perdana Inggeris (EPL) sebanyak £648.4 juta (RM3.7 bilion) untuk tahun berakhir 30 Jun.
Angka itu meningkat 11 peratus daripada tahun sebelumnya dan mengatasi rekod sebelumnya yang dicatatkan pada 2019, tetapi Red Devils masih mengalami kerugian £42.1j (RM244.1j).
Pendapatan tinggi itu dicatat walaupun United beraksi dalam Liga Europa dan bukannya Liga Juara-Juara (UCL) yang menawarkan ganjaran lebih lumayan.
Kelab itu juga meramalkan mampu menjana pendapatan untuk tempoh 2023-24 antara £650j (RM3.7b) dan £680j (RM3.9b).
Pengumuman itu dibuat ketika pengasas syarikat bahan kimia INEOS, Sir Jim Ratcliffe, dilaporkan hampir memperoleh 25 peratus kepentingan kelab itu.