Manchester United pulih semangat ke suku akhir Piala FA

Astro Arena
Februari 10, 2021 09:46 MYT
Pengurus West Ham David Moyes berlaga buku lima dengan penjaga gol Manchester United Dean Henderson selepas tamat perlawanan pusiangan ke-5 Piala FA di Old Trafford, Manchester, England, 9 Feb, 2021. (Foto AP)
MANCHESTER UNITED 1 WEST HAM 0
Ole Gunnar Solskjaer percaya keperitan diikat oleh Everton mencetuskan inspirasi buat Manchester United untuk mengatasi West Ham dalam pusingan kelima Piala FA di Old Trafford, awal pagi tadi.
Gol daripada Scott McTominay, tujuh minit menuju masa tambahan menghasilkan kemenangan tipis 1-0 ke atas The Hammers yang menyaksikan mereka mendominasi permainan dengan 17-3 percubaan tepat.
Tiga hari lalu, pasukan bimbingan Solskjaer itu melepaskan pendahuluan selesa 2-0 ketika seri 3-3 dengan The Toffees, ia memaksanya mengakui bahawa mereka bukan pencabar gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL).
Selepas tercicir mata berharga di Old Trafford, Solskjaer yakin anak buahnya akan bertindak balas dengan cara terbaik untuk mara ke suku akhir Piala FA.
"Kami perlu meraih keputusan yang baik dan mempunyai perasaan yang bagus hari ini berhubung kekecewaan menentang Everton. Sukar untuk melaksanakannya tetapi pemain benar-benar fokus dan menjalankan tugas mereka," kata Solskjaer.
"Sudah tentu anda mahu memenangi setiap perlawanan. Kami mahu mencabar dan mara ke final. Itulah yang kami ada di Manchester United.
"Kadang-kadang anda bernasib baik dalam undian di peringkat kalah mati -- kami tidak begitu beruntung - tetapi jelas sekali ingin kami melangkah lebih jauh ke final."

7 - Scott McTominay has scored seven goals in his 30 appearances in all competitions this season, the same number has he managed in his 84 other Manchester United matches prior to this campaign. Sauce. #MNUWHU pic.twitter.com/izfwji15i9

— OptaJoe (@OptaJoe) February 9, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pasukan asuhan David Moyes itu pula kental bertahan sepanjang perlawanan sebelum Rashford melorongkan bola kepada McTominay untuk jaringan ketujuhnya musim ini, namun pelawat sama sekali gagal dalam usaha kebangkitan.
"Saya fikir kami menguasai sepenuhnya babak pertama," kata Solskjaer lagi.
"Dalam separuh masa kedua, ia lebih rancak. Ketika hanya mendahului 1-0 dan kami melepaskan deretan peluang, maka apa sahaja boleh berlaku -- kami menyedarinya selepas keperitan perlawanan terakhir.
"Kami hanya perlu menyudahkan kesempatan yang ada dan kami akhirnya melepasi rintangan ini. Kami meniti landasan tepat dan itulah yang kami mahukan.
"Saya fikir kami telah melancarkan 15 hingga 17 percubaan jadi kami perlu lebih klinikal. kami seharusnya memuktamadkan kemenangan dengan lebih awal dan menyelesaikannya sepanjang 90 minit tetapi kadang-kadang ia tidak menjadi."
Dalam sedozen percubaan tuan rumah, lima daripadanya menemui sasaran sementara sembilan lagi dipatahkan sementara penjaga gol, Lukasz Fabianski, membuat empat aksi menyelamat secara keseluruhan, sebaliknya Dean Henderson hanya berdepan sekali ancaman.
Ketua pasukan, Harry Maguire, tidak berselindung bahawa United terluka dengan keputusan hujung minggu lalu.
"Saya fikir kami menampilkan persembahan yang bagus, kami mungkin perlu lebih klinikal," katanya.
"Kami mendominasi permainan terutama dalam babak pertama, mereka mempunyai sedikit ruang selepas rehat tetapi kami mengekangnya jauh lebih baik daripada yang kami lakukan ketika menentang Everton.
"Adalah bagus kami dapat memperbaikinya memandangkan kami mencipta kemenangan untuk layak dan terus berada dalam saingan ini.
"Ini menunjukkan kami memiliki semangat membara, mentaliti yang unggul untuk bangkit memberikan persembahan dan mengembalikan tumpuan kami.
"Kami sedar musim ini masih yang panjang, perlawanan diadakan setiap tiga hari, ini adalah langkah terbaik apabila anda kecewa, sangat sesuai apabila satu lagi perlawanan akan menyusul pada waktu terdekat."
#Liga Perdana Inggeris #Piala FA #Manchester United #Everton #West Ham #Scott McTominay #Ole Gunnar Solskjaer
;