Manchester United gantung Greenwood

Sinar Harian
Januari 31, 2022 10:37 MYT
Manchester United berkata pihaknya menyedari imej dan dakwaan yang tersebar di media sosial berkaitan Mason Greenwood.
BINTANG The Reds Devils, Mason Greenwood digantung Manchester United serta-merta selepas penyerang itu didakwa menyerang teman wanita Harriet Robson.
"Mason Greenwood tidak akan kembali berlatih atau bermain perlawanan sehingga diberitahu kelak," ujar kelab tersebut.
Robson sebelum itu menyiarkan imej, video dan audio mengerikan Instagramnya pada Ahad, menunjukkan darah mengalir dari bibirnya selain lebam di badannya.
Dalam satu klip video yang memaparkan bibirnya dipotong, dia menulis: "Kepada semua orang yang ingin mengetahui apa yang sebenarnya dilakukan oleh Mason Greenwood kepada saya."
BACA: Kekasih dakwa didera bintang Manchester United
Manchester United sebelum ini mengeluarkan kenyataan awal selepas tulisan itu viral: “Kami menyedari imej dan dakwaan yang tersebar di media sosial."
Artikel asal di Sinar Harian
#Manchester United #Mason Greenwood digantung #serang teman wanita #video tular
;