Manchester United dimalukan di laman sendiri, tewas 1-6 di tangan Spurs
Hafizi Rosli
Oktober 4, 2020 06:42 MYT
Oktober 4, 2020 06:42 MYT
MANCHESTER United dibelasah teruk di laman sendiri dengan kekalahan 1-6 di tangan Tottenham Hotspur dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.
Gol tunggal Manchester United hadir melalui sepakan penalti yang disudahkan Bruno Fernandes seawal minit ke-2 memberi gambaran baik buat kelab itu.
Namun jangkaan meleset selepas Spurs bangkit di tempat lawan dengan asakan demi asakan lantas berjaya melumpuhkan tuan rumah.
Spurs menggunakan kesempatan layangan kad merah ke atas Anthony Martial pada babak pertama untuk membelasah United dengan kemenangan 6-1.
Son Heung Min dan Harry Kane kedua-duanya meledak dua gol selepas benteng United dilihat sangat kucar-kacir sebelum Martial dikenakan hukuman lagi setelah mengasari Erik Lamela.
Kini, Spurs berada di kedudukan ke-6 liga manakala Manchester United pula corot ditinggalkan kelab-kelab pendahulu lain di tangga ke-16.
#Manchester United
#Liga Perdana Inggeris
#Tottenham Hotspur FC
#EPL
#Old Trafford
#Man United
#Spurs