Manchester United benam Arsenal 3-1

Astro Awani
Januari 26, 2019 09:04 MYT
Pemain Arsenal, Lucas Torreira beraksi bersama pemain Manchester United, Jesse Lingard dalam perlawanan Piala FA di Stadium Emirates, London, 25 Jan, 2019. REUTERS
Manchester United mencatat kemenangan bergaya 3-1 ke atas Arsenal dalam perlawanan pusingan ke-4 Piala FA di Stadium Emirates awal pagi tadi.
Alexis Sanches, bekas pemain skuad The Gunners, menjaringkan gol sulung perlawanan pada minit ke-31.
Seterusnya, tekanan dirasai skuad tuan rumah apabila Jesse Lingard menyumbang gol kedua The Red Devils, dua minit berselang.
Tuan rumah cuba bangkit dan percubaan Pierre-Emerick Aubameyang berjaya menjaringkan gol pada minit ke-43 perlawanan.
Nyata tidak puas, anak buah Ole Gunna Solskjaer itu memastikan mereka pulang dengan tiga gol menerusi Anthony Martial pada minit ke-82.
#Arsenal #Manchester United #Piala FA
;