Manchester City terus tinggalkan Liverpool

Sinar Harian
Februari 13, 2022 09:53 MYT
Aksi Raheem Sterling selepas menjaringkan gol keempat pasukannya ketika perlawanan EPL antara Norwich City dan Manchester City di Stadium Carrow Road, Norwich, England, 12 Feb 2022. (Foto AP)
PENYANDANG juara, Manchester City meneruskan kempen pemburuan kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan momentum positif apabila membelasah kelab bawahan Norwich City 4-0 di Carrow Road.
Pada perlawanan itu, Raheem Sterling tampil menjaringkan hatrik dengan gol minit ke-31', 70', 90', selain buah tangan minit ke-48, Phil Foden sekali gus melebarkan kelebihan 12 mata ke atas pesaing sensasi Liverpool.
Kemenangan anak buah Pep Guardiola itu menyaksikan The Citizens memenangi 14 daripada 15 perlawanan terakhir liga.
"Kami memerlukan lebih banyak mata selepas ini kerana kami tahu momentum pesaing terdekat ketika ini ialah Liverpool.
"Saya percaya Liverpool tidak akan kehilangan banyak mata berdasarkan kualiti yang dimiliki pada ketika ini. Liverpool memiliki skuad terbaik sejak sedekad lalu menyebabkan kami tiada pilihan kecuali meraih lebih banyak mata baki perlawanan," kata Guardiola.
KEPUTUSAN
Norwich City 0-4 Manchester City
Sterling 31', 70', 90'
Foden 48'
Manchester United 1-1 Southampton
Sancho 21'
Adams 48'
Everton 3-0 Leeds United
Coleman 10'
Keane 23'
Gordon 78'
Brentford 0-0 Crystal Palace
Watford 0-2 Brighton
Maupay 44'
Webster 82'
Artikel asal di Sinar Harian
#Manchester City #Norwich City #Liverpool #EPL
;