Manchester City setuju jual Leroy Sane
Astro Awani
Julai 1, 2020 08:22 MYT
Julai 1, 2020 08:22 MYT
MANCHESTER CITY setuju menjual pemain sayapnya, Leroy Sane kepada Bayern Munich, dan perjanjian perpindahan itu akan membolehkan City memperoleh sekitar 54.8 juta Pound.
Pemain antarabangsa jerman itu akan menyertai juara Bundesliga dengan yuran permulaan 44.7 juta Pound dan tambahan lain yang bernilai 10 juta Pound.
Sane, 24, menyertai City dari Shalke pada 2016 dengan nilai 37 juta Pound.
Bersama City dia berjaya julang dua trofi Liga Perdana Inggeris.
Sane dijangka menjalani pemeriksaan perubatan di Jerman dalam tempoh 24 jam untuk melengkapkan perpindahan berkenaan.