Manchester City rebah, Chelsea kecundang
Ian Johan Ariff
Disember 23, 2018 15:28 MYT
Disember 23, 2018 15:28 MYT
MANCHESTER CITY 2-3 CRYSTAL PALACE
Crystal Palace mengejutkan juara bertahan Manchester City 3-2 di Stadium Etihad.
City terlebih dahulu di depan menerusi tandukan Ilkay Gundogan pada minit ke-27, namun Jeffrey Schlupp meledak gol penyamaan buat Palace pada minit ke-33 sebelum voli jarak jauh Andros Townsend dua minit kemudian meletakkan pasukan pelawat di depan 2-1.
Luka Milivojevic menjaringkan gol ketiga Palace menerusi sepakan penalti sebelum Kevin De Bruyne menjaringkan gol kedua City.
CHELSEA 0-1 LEICESTER CITY
Chelsea turut mengalamai kekalahan di halaman sendiri apabila tunduk 1-0 kepada juara musim 2015/16 Leicester City hasil jaringan Jamie Vardy pada minit ke-51.
ARSENAL 3-1 BURNLEY
Pierre-Emerick Aubameyang menjaringkan dua gol untuk Arsenal pada minit ke-14 dan 48 untuk membantu the Gunners menang 3-1 ke atas Burnley.
Burnley berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-63 menerusi Ashley Barnes namun Alex Iwobi menamatkan saki baki perjuangan Burnley dengan gol ketiga dalam masa kecederaan.
CARDIFF CITY 1-5 MANCHESTER UNITED
Pengurus sementara Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer memperoleh permulaan yang sempurna dalam perlawanan pertamanya selepas skuad the Red Devils membelasah Cardiff City 5-1.
Marcus Rashford menjaringkan gol pertama United seawal minit ke-3 sebelum Ander Herrera menggandakan jaringan pada minit ke-29.
Cardiff mendapat gol menerusi penalti Victor Camarasa namun United meledak tiga lagi gol menerusi Anthony Martial dan dua gol dari Jesse Lingard.
HUDDERSFIELD TOWN 1-3 SOUTHAMPTON
Southampton mencatat kemenangan kedua berturut-turut selepas menewaskan Huddersfield 3-1 hasil jaringan Nathan Redmond, Danny Ings dan Michael Obafemi.
Gol Huddersfield pula dijaringkan Philip Billing.
AFC BOURNEMOUTH 2-0 BRIGHTON & HOVE ALBION
Bournemouth melakar kemenangan 2-0 ke atas Brighton hasil dua gol daripada David Brooks.
NEWCASTLE UNITED 0-0 FULHAM
Newcastle hampa di halaman sendiri selepas diikat seri tanpa jaringan dengan Fulham.
Pengurus Newcastle, Rafael Benitez kecewa dengan keputusan pengadil yang menyaksikan pasukannya seri dengan pasukan yang berada di kedudukan tercorot liga.
WEST HAM 0-2 WATFORD
Watford melonjak ke tangga ketujuh liga selepas menewaskan West Ham 2-0 di London.
Troy Deeney menjaringkan gol pertama Watford menerusi sepakan penalti pada minit ke-30 sebelum Gerard Deulofeu menggandakan jaringan tiga minit sebelum tamat masa permainan sebenar.
#Arsenal
#Bournemouth
#Brighton
#Burnley
#Cardiff City
#Chelsea
#Crystal Palace
#Fulham
#Huddersfield
#Leicester City
#Manchester City
#Manchester United
#Newcastle
#Southampton
#Watford
#West Ham