Manchester City masih dahagakan takhta liga - Toure

Astro Arena
Disember 19, 2016 02:21 MYT
Sterling (tengah) cuba membolosi barisan pertahanan Arsenal. - AFP
YAYA Toure percaya Manchester City telah mempamerkan keinginan untuk kembali ke takhta Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika bangkit menewaskan Arsenal 2-1, awal pagi tadi.
City ketinggalan selepas Theo Walcott membuka jaringan seawal minit kelima di Stadium Etihad, tetapi mereka bangkit menerusi jaringan gol daripada Leroy Sane dan Raheem Sterling.
Skuad kendalian Pep Guardiola ketinggalan tujuh mata daripada pendahulu liga Chelsea baru-baru ini, tetapi Toure menegaskan City telah mempamerkan kualiti untuk kembali bersaing untuk merebut semula gelaran yang telah dimenanginya pada musim 2013-14.
"Kami bermain dengan penuh semangat," kata Toure kepada Sky Sports.
"Kami perlukan fokus seperti ini untuk kembali mencabar takhta liga.
"Mereka memiliki beberapa peluang di separuh masa pertama, tetapi kami bertahan dengan baik. Toure memberikan pujian kepada rakan sepasukan, Sterling kerana pemain sayap England itu memainkan peranan yang penting untuk mengubah gaya permainan The Citizens di separuh masa kedua.
"Saya berpendapat kami lebih dahagakan gol di separuh masa kedua, Kelechi Iheanacho dan Raheem telah mempamerkan aksi yang terbaik dan berjaya membantu pasukan."
#Arsenal #EPL #Liga Perdana Inggeris #Manchester City