Manchester City digantung dua musim

Astro Awani
Februari 15, 2020 08:11 MYT
Pada musim ini, pasukan Manchester City (gambar) bakal berdepan Real Madrid dalam kelompok 16 terakhir Liga Juara-juara. Astro ARENA/Gambar fail
TIADA lagi Manchester City di Kejohanan Eropah untuk dua musim akan datang.
Ini berikutan, kelab berkenaan digantung menyertai saingan kerana melanggar peraturan "fair-play" kewangan.
Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) turut mengumumkan City didenda 30 juta euro (RM134 juta).
Badan induk bola sepak Eropah itu turut mendakwa, pasukan Sky Blues itu gagal memberi kerjasama dalam siasatan
Keputusan oleh UEFA itu bagaimanapun masih boleh dirayu oleh City.

UEFA have announced that Manchester City have been banned from the Champions League for two seasons and fined 30 million.

— DaveOCKOP (@DaveOCKOP) February 14, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: UEFA gantung Guardiola satu perlawanan
BACA: Bernardo Silva digantung satu perlawanan oleh FA
BACA: Manchester City tipu UEFA?
Dalam kenyataannya, kelab itu berkata, mereka akan merayu penggantungan itu di Mahkamah Timbang Tara secepat mungkin.
Pada musim ini, pasukan kendalian Pep Guardiola itu bakal berdepan Real Madrid dalam kelompok 16 terakhir Liga Juara-juara.
Sebagai rekod, ini bukan kali pertama City didakwa melanggar peraturan kewangan bola sepak.
Sebelum ini pada 2014, mereka didenda 60 juta euro (RM269 juta) kerana kesalahan berkenaan.
#bola sepak #denda #eropah #fair-play #gantung #Kesatuan Bola Sepak Eropah #mahkamah #Manchester City #melanggar peraturan #Pep Guardiola #peraturan kewangan #rayuan #Real Madrid #siasatan #UEFA
;