Man Utd kalahkan Sunderland 3-1 (Video)
Astro Awani
Disember 16, 2012 14:54 MYT
Disember 16, 2012 14:54 MYT
Manchester United mengukuhkan kedudukan di persada Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Sunderland 3-1.
Beraksi di Old Trafford, United bermula baik selepas berjaya di depan seawal minit ke 16 hasil jaringan penyerang berbisa Robin Van Persie.
Selang tiga minit kemudian, Red Devils meneruskan rentak cemerlang apabila pemain tengah Tom Cleverley berjaya menjaringkan gol kedua.
Masuk babak kedua, United terus menggandakan askan ke pintu gol lawan. Ia membuahkan hasil apabila Wayne Rooney meletakan pasukannya selesa di depan selepas menerima hantaran Persie.
Sunderland bagaimanapun berjaya mendapatkan gol saguhati pada minit ke 79 hasil jaringan bekas pemain United Fraizer Campbell.
Dalam perlawanan tersebut, kapten United Nemanja Vidic turut diberi peluang beraksi oleh pengurus pasukan Sir Alex Ferguson selepas pulih dari kecederaan.