Man United tewas kepada QPR dalam aksi persahabatan

Astro Arena
Julai 25, 2021 08:12 MYT
Pada hari Solskjaer meraikan kontrak lanjutan di Old Trafford bertukar suram apabila QPR bangkit dalam separuh masa kedua. - Stadium Astro
MANCHESTER UNITED mengalami kekecewaan di London barat selepas kelab Kejuaraan, Queens Park Rangers merakamkan kemenangan 4-2 ke atas skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer dalam aksi persahabatan.
Beraksi di Stadium Kiyan Prince Foundation, Jesse Lingard memberikan Manchester United mendahului perlawanan selepas tiga minit, namun hanya bertahan empat minit selepas tandukan Charlie Austin menyamakan kedudukan buat tuan rumah.
Pada hari Solskjaer meraikan kontrak lanjutan di Old Trafford bertukar suram apabila QPR bangkit dalam separuh masa kedua.
Skuad kendalian Mark Warburton itu menjaringkan tiga gol dalam tempoh lapan minit menerusi Lydon Dykes (m-53, m-59) dan Moses Odubajo (m-58) menyaksikan penyokong tuan rumah berpesta menyaksikan kemenangan pasukan mereka.
Pemain gantian United, Anthony Elanga, mengurangkan defisit jaringan namun gagal mencetus kebangkitan sekaligus menyaksikan Solskjaer dan pasukannya seruan menjelang bermulanya saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Hear more from Ole on: Today's workout Which #MUAcademy player stood out Next Wednesday's home game#MUFC

— Manchester United (@ManUtd) July 24, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Manchester United #QPR #persahabatan
;