Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United

Astro Arena
Mei 19, 2024 06:15 MYT
Pemain Manchester City meraikan kemenangan menggondol trofi EPL selepas perlawanan antara pasukan itu dan West Ham United di Stadium Etihad, Manchester, England, 19 Mei 2024. (Foto AP)
DOMINASI Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris dilanjutkan apabila mereka mencipta sejarah menjuarai gelaran liga buat kali keempat berturut-turut.
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir sekali gus membenarkan skuad kendalian Pep Guardiola mengatasi Arsenal dengan hanya berkelebihan dua mata.
Phil Foden membenarkan City mendahului seawal minit pertama sebelum bintang England itu menggegar palang pada minit ke-18.
Jaringan Mohammed Kudus pada lewat separuh masa pertama memberikan West Ham, dan Arsenal, sedikit harapan namun City membalas dua lagi jaringan untuk memastikan mereka mendakap piala liga.
Arsenal telah melakukan apa yang termampu untuk mengatasi Everton 2-1 di Stadium Emirates namun ia tidak cukup kerana memerlukan City seri atau tewas kepada West Ham.
Kemenangan buat City juga memastikan mereka mengatasi pencapaian Manchester United yang dilakar ketika di bawah pimpinan Sir Alex Ferguson satu ketika dahulu.

FOUR-IN-A-ROW!!!! We're @premierleague champions pic.twitter.com/blRyxjPqJB

— Manchester City (@ManCity) May 19, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Manchester City #EPL #Manchester United #West Ham United
;