Man City bangkit kongsi mata dengan West Ham

Astro Arena
Mei 16, 2022 09:00 MYT
Pemain West Ham Michail Antonio (depan) dan pemain Manchester City Joao Cancelo bergelut mendapatkan bola ketika perlawanan di Stadium London. - Foto AP
MANCHESTER City bangkit daripada ketinggalan dua gol sebelum seri 2-2 dengan West Ham tetapi saingan kejuaraan Liga Perdana Inggeris, Liverpool itu, telah diberi harapan apabila sepakan penalti Riyad Mahrez gagal disempurnakan.
The Reds meraikan kejayaan Piala FA Sabtu lalu dan peluang mereka untuk meraih empat gelaran yang belum pernah berlaku sebelum ini kelihatan kembali terbuka selepas dua gol Jarrod Bowen meletakkan West Ham 2-0 pada masa rehat.
Namun Jack Grealish mengurangkan defisit jaringan sebelum City menyamakan kedudukan menerusi jaringan sendiri Vladimir Coufal.
Pentas kelihatan bersedia untuk Mahrez melakar kemenangan kembali cemerlang apabila kekasaran Craig Dawson terhadap Gabriel Jesus dikesan VAR, tetapi Lukasz Fabianski menafikan percubaan pemain Algeria itu untuk mengekalkan Liverpool, yang ketinggalan empat mata dengan satu perlawanan dalam tangan, dalam usaha memburu kejuaraan liga.

FULL TIME | City fight back to snatch a vital point on the road! 2-2 | #ManCity pic.twitter.com/i2piJNoa10

— Manchester City (@ManCity) May 15, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Manchester City #West Ham #Liga Perdana Inggeris #Riyad Mahrez
;