Mampukah Lacazette menyerlah di Arsenal?
Ian Johan Ariff
Julai 6, 2017 16:48 MYT
Julai 6, 2017 16:48 MYT
PENYERANG Perancis, Alexandre Lacazette sah akan ke Arsenal dengan nilai 46.5 juta pound.
Jumlah merupakan rekod baharu bayaran perpindahan yang dibuat Arsenal mengatasi nilai perpindahan Mesut Ozil (42.4 juta pound) dari Real Madrid pada 2013.
Sepanjang 275 perlawanan bersama Lyon, Lacazette menjaringkan 179 gol dalam semua kejohanan yang disertainya bersama kelab Perancis itu.
Sejauh mana Lacazette dapat membantu Arsenal kembali menjadi kelab empat terbaik di England musim baharu ini.
Jika dibandingkan Lacazette dengan penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL) Harry Kane, data kedua-dua pemain berdasarkan statistik Squawka tidak jauh bezanya.
Dari segi gol, Lacazette menjaringkan 27 gol pada musim lalu di Ligue 1 Perancis manakala Kane menjaringkan 29 gol di EPL.
Musim lepas di Ligue 1 Perancis, Lacazette lebih banyak menyudahkan gol dari gerakan terancang.
Persamaan dua pemain ini adalah mereka mempunyai ketepatan cubaan sebanyak 65%.
Dari segi bantuan gol, Harry Kane lebih menyerlah dalam bahagian ini untuk pasukannya musim lepas.
Manakala peluang yang dicipta kedua-dua pemain ini tidak jauh beza dengan Lacazette, 46, Kane, 41.
Jika Alexis Sanchez meninggakan Arsenal, Lacazette mungkin calon sesuai untuk menggantikannya.
Sanchez cuma jauh lebih hebat dari jumlah peluang yang dicipta dan juga bantuan gol berbanding Lacazette, manakala Sanchez menjaringkan 24 gol dalam EPL musim lalu.
Mampukah Lacazette menyerlah di Arsenal, kongsikan pandangan anda bersama kami di semua platform media sosial yang ada.