Malaysia ungguli enam kategori Port Dickson International Swimathon 2016

Bernama
Mac 20, 2016 21:40 MYT
Malaysia ungguli enam kategori dalam pertandingan 'Port Dickson International Swimathon 2016' di Port Dickson hari ini.
Malaysia mengungguli enam kategori dalam pertandingan 'Port Dickson International Swimathon 2016' yang diadakan di Port Dickson hari ini.
Kesemua enam peserta tempatan itu masing-masing menerima hadiah berbentuk trofi kristal dan wang tunai yang disampaikan oleh Exco Pelancongan Datuk Tun Hairudin Abu Bakar dan Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan Baharudin Jali.
Bagi kategori perenang lelaki sejauh 5km berusia 12 hingga 24 tahun dimenangi oleh Tan Rupert diikuti kategori wanita berusia 12 hingga 34 tahun dimenangi oleh Yeong Zhen Yi, kategori wanita sejauh 5km, berusia 35 tahun ke atas dimenangi Khor Kim Yan.
Bagi kategori perenang lelaki sejauh 2.5km, berusia 25 hingga 44 tahun dimenangi oleh Mohamad Allie Helmy Sabtu, diikuti kategori lelaki 2.5km, berusia 45 tahun ke atas dimenangi Huang Ying Tsang manakala bagi kategori 2.5km wanita, berusia 12 hingga 34 tahun dimenangi oleh Hoh Hui Shan.
Sementara itu, empat kategori bagi jarak 5km dan 2.5km yang lain dimenangi peserta luar negara iaitu bagi kategori lelaki sejauh 5km berusia 25 hingga 44 tahun dimenangi oleh Jose Luis Larrosa dari Sepanyol dan kategori lelaki sejauh 5km berusia 45 tahun ke atas dimenangi Tsuyoshi Sawada Amzar dari Jepun.
Bagi jarak 2.5km lelaki berusia 12 hingga 24 tahun dimenangi oleh Hasif Abdul Majid dari Singapura dan kategori 2.5km wanita berusia 35 ke atas dimenangi Liz Pinches dari United Kingdom.
#Port Dickson #Port Dickson International Swimathon 2016 #swimathon
;