Malaysia tuan rumah WESG 2019-2020 Asia Pasifik, Januari depan
Bernama
Disember 9, 2019 07:23 MYT
Disember 9, 2019 07:23 MYT
Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan Elektronik Dunia (WESG) Asia Pasifik 2019-2020 dengan disertai 260 pemain dari 58 negara di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid di sini, dari 3 hingga 5 Januari depan.
Empat permainan e-sukan iaitu DOTA2 (Defenders of the Ancients), Counter Strike: Global Offensive (CS GO), Starcraft 2 dan Pro Evolution Soccer (PES) akan dipertandingkan untuk merebut hadiah wang tunai US$300,000 (RM1.248 juta) serta tiket ke pusingan Grand Final WESG di China, tahun depan.
WESG merupakan inisiatif, Alibaba Sports, anak syarikat gergasi e-dagang China, Alibaba Group, manakala final WESG Asia Pasifik dianjurkan bersama dengan Esports International Group (EIG) dari Hong Kong, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan SBS Events.
Pengarah Kanan Global Esports, Alibaba Sports, Jason Fung, dalam sidang media, di sini pada Isnin, berkata WESG Asia Pasifik buat pertama kali dianjurkan di luar China.
"Sokongan luar biasa daripada semua rakan kongsi kami membolehkan Malaysia dipilih sebagai negara tuan rumah," katanya.
Sempena dengan pertandingan, sebuah Persidangan Teknologi Kewangan (FinTech) WESG, diiktiraf oleh MDEC, akan diadakan pada 2 Januari ini bagi membincangkan teknologi kewangan dalam e-sukan di Malaysia dan pembangunan teknologi 5G dalam e-sukan.
Persidangan tersebut menampilkan penceramah utama seperti pakar undang-undang siber, korporat dan keselamatan, Prof Simon Choi, Ricky Lau, ketua firma perundingan haratanah terkemuka global, Savills dan Brian Au, pakar pembangunan strategik di Asia Pasifik.
-- BERNAMA
#Alibaba Group
#DOTA2
#e-sukan
#Jason Fung
#keselamatan
#MDEC
#penceramah
#permainan
#rakan kongsi
#sukan elektronik
#teknologi 5G
#teknologi kewangan
#tuan rumah
#undang-undang
#undang-undang siber
#WESG
#WESG Asia Pasifik