Kegagalan kontinjen negara mencapai sasaran lapan pingat emas di Sukan Asia Ke-17 di sini bukan merupakan kegagalan mutlak, kata ketua kontinjen negara, Datuk Danyal Balagopal Abdullah.
Beliau berkata semua atlet telah menunjukkan kesungguhan masing-masing bagi memburu sasaran negara, namun mereka hanya kurang bernasib baik.
"Orang tidak nampak kesungguhan yang dipamerkan atlet negara bagi mengharumkan nama negara di pentas sukan dunia, sebaliknya hanya mereka yang berada di venue kejohanan yang tahu apa sebenarnya yang berlaku.
"Saya tidak menyalahkan atlet dalam perkara ini, sebaliknya berbangga dengan semangat tinggi yang ditunjukan mereka selama mengikuti kampen Sukan Asia," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) meletakkan sasaran lapan pingat emas, namun kontinjen negara hanya membawa pulang lima emas, 14 perak dan 14 gangsa.
Danyal melihat kecemerlangan yang ditunjukan atlet dalam sukan tertentu seperti karate (dua pingat emas), skuasy (dua pingat emas), pelayaran (satu pingat emas).
"Kita sepatutnya membawa pulang enam emas namun sayangnya, emas pertama menerusi acara wushu ditarik balik oleh penganjur menyebabkan Malaysia kehilangan satu emas," katanya.
Beliau merujuk kepada pingat emas pertama yang dimenangi Cheau Xuen, namun ditarik balik oleh Majlis Olimpik Asia (OCA) apabila atlet wanita berkenaan didapati positif ujian doping.
Katanya sukan seperti hoki dan bola sepak turut menunjukkan peningkatan walaupun gagal membawa pulang sebarang pingat.
"Corak pemainan luar biasa oleh skuad bola sepak negara, malah boleh dianggap sebagai persembahan terbaik mereka ketika menentang Arab Saudi pada aksi penutup peringkat kumpulan. Ia amat membanggakan saya, malah seluruh peminat bola sepak tempatan turut mengakui perkara yang sama apabila skuad Bawah 23 Tahun berjaya memberi saingan hebat biarpun tewas 0-3.
"Pasukan hoki kita pula menunjukan corak permainan berbeza daripada sebelum ini apabila mereka berjaya memberi tentangan hebat kepada Korea Selatan dalam aksi penentuan pingat gangsa biarpun tewas 2-3.
Malah ramai pasukan negara lain yang saya temui memuji corak permainan skuad hoki kita," katanya.
Namun Danyal melahirkan rasa kecewa terhadap prestasi skuad sepak takraw negara yang dilihat semakin 'hilang taring' setelah gagal menamatkan badi kekalahan kepada Thailand menerusi acara berpasukan lelaki dan regu lelaki.
"Kita sepatutnya mendominasi sukan tradisi masyarakat Melayu ini kerana Malaysia satu ketika dulu amat digeruni malah kitalah yang memperkenalkan sukan sepak takraw kepada dunia," katanya.
Dalam perkembangan sama, beliau kecewa terhadap sikap pengurus sepak takraw yang tidak bersama-sama pasukan atas faktor peribadi.
"Tanpa perlu saya sebutkan nama, sikap tidak bertanggungjawab pengurus pasukan sepak takraw menukar jadual penerbangan beberapa kali menyebabkan kad akreditasi dibatalkan penganjur sehingga menyusahkan pasukan," katanya.
Danyal berkata beliau merasa kasihan melihat jurulatih sepak takraw kebangsaan Jamaluddin Hasan terpaksa mengurus sendiri pasukannya.
"Saya harap selepas ini pihak persatuan dapat mengambil tindakan terhadap individu terbabit dan akan lebih berhati-hati dalam melantik pengurus pasukan," katanya.
Beliau berkata sekiranya mereka yang dilantik sebagai pengurus pasukan merasakan bahawa mereka tidak layak melakukan tugas tersebut, lebih baik diberikan kepada orang lain.
"Saya akan masukan perkara ini dalam laporan apabila tiba di Malaysia," katanya.
Sepanjang penyertaan di Sukan Asia, kontinjen Malaysia meraih empat pingat emas di Hiroshima, Jepun (1994), lima emas di Bangkok, Thailand (1998), enam emas di Busan, Korea Selatan (2002), lapan emas di Doha, Qatar (2006) dan sembilan emas di Guangzhou, China (2010) yang merupakan pencapaian terbaik negara setakat ini.
Bernama
Sat Oct 04 2014
![Malaysia tidak gagal di Incheon secara mutlak - Danyal Malaysia tidak gagal di Incheon secara mutlak - Danyal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-10/41412127452_295x200.jpg)
DANYAL: Semua atlet telah menunjukkan kesungguhan masing-masing bagi memburu sasaran negara, namun mereka hanya kurang bernasib baik. - Gambar Fail
Lukisan kanak-kanak dua tahun cecah nilai 270 ribu Euro
Baru berusia 2 tahun, tetapi karya Laurent telah mencecah hampir 270 ribu Euro, dan dia bakal mempunyai pamerannya tersendiri pada September ini.
Penduduk London kecam gerakan rusuhan
Beberapa penduduk di London telah mengecam rusuhan yang dimulakan beberapa kumpulan berhaluan kanan di United Kingdom, yang tercetus susulan pembunuhan tiga kanak-kanak perempuan di Southport, bulan lepas.
Dalam temubual bersama China Global Television Network (CGTN) kebanyakan daripada mereka tidak bersetuju dengan gerakan tersebut, yang seolah-olah cuba mengenengahkan agenda perkauman dan anti-imigran.
Dalam temubual bersama China Global Television Network (CGTN) kebanyakan daripada mereka tidak bersetuju dengan gerakan tersebut, yang seolah-olah cuba mengenengahkan agenda perkauman dan anti-imigran.
Israel perintah lebih banyak pemindahan di Gaza
Tentera Israel terus mengarahkan perintah pemindahan di Khan Younis di selatan Semenanjung Gaza malam semalam, memaksa puluhan ribu penduduk Palestin dan keluarga terpaksa berpindah untuk meninggalkan kawasan terbabit dalam kegelapan sambil letupan tembakan meriam bergema di sekitar mereka.
![Turkiye tarik balik larangan kepada Instagram Turkiye tarik balik larangan kepada Instagram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722593168_benderaturkiyelog.jpg)
Turkiye tarik balik larangan kepada Instagram
Turkiye pada Sabtu telah memulihkan akses kepada platform media sosial popular Instagram selepas lebih seminggu dengan menyatakan Meta menerima syarat Ankara mengenai pemadaman kandungan.
Malaysia tidak boleh leka dalam aspek keselamatan - Ahmad Zahid
Lanskap ancaman keselamatan global yang tidak menentu menuntut Malaysia tidak leka walaupun tersenarai dalam negara ke-10 paling selamat mengikut Indeks Keamanan Global (GPI) yang dikeluarkan baru-baru ini.
DUN Mahkota sesuai ditandingi calon UMNO Topik: PRK
Melihat pada sejarah, kerusi Dewan Undangan negeri (DUN) Mahkota, Johor lebih sesuai ditandingi calon daripada UMNO.
Tumpuan Isnin – 12 Ogos 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (11 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Melaka salur RM 300 pada mangsa banjir
Kerajaan Melaka menyalurkan bantuan segera RM300 kepada mangsa terjejas banjir di Masjid Tanah, Alor Gajah.
Banjir di Alor Gajah: 248 dipindahkan ke lima PPS
Sebanyak 248 mangsa dipindahkan ke lima pusat pemindahan sementara (PPS) di Masjid Tanah, Alor Gajah di sini setakat 7.30 malam ini berikutan banjir yang melanda kawasan itu susulan hujan lebat sejak pagi Ahad.
![Parlimen perlu sekat wakil rakyat lepaskan kerusi Parlimen perlu sekat wakil rakyat lepaskan kerusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/61539340050_AbdulRashid.jpg)
Parlimen perlu sekat wakil rakyat lepaskan kerusi
Undang-undang untuk menyekat wakil rakyat daripada memberi kerusi kepada orang lain perlu berada di bawah bidang kuasa Parlimen.
!['Saya bukan pengkhianat hanya kerana kosongkan kerusi' 'Saya bukan pengkhianat hanya kerana kosongkan kerusi'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/41539306993_PRKPORTDICKSON.jpg)
'Saya bukan pengkhianat hanya kerana kosongkan kerusi'
Sebaliknya, beliau berkata tindakan itu diambil demi kemajuan Port Dickson dan untuk manfaat keseluruhan penduduknya memandangkan Ketua Umum PKR itu akan diangkat menjadi perdana menteri yang kelapan.
![Anwar berpotensi untuk menang di PRK Port Dickson Anwar berpotensi untuk menang di PRK Port Dickson](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/41538173724_AnwarIbrahim.jpg)
Anwar berpotensi untuk menang di PRK Port Dickson
Kajian oleh Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati 74% pengundi cenderung memilih calon Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding enam calon lain bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen PD.
![Anwar dan Azizah luangkan masa tonton konsert Anwar dan Azizah luangkan masa tonton konsert](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/81538845436_AnwarIbrahim.jpg)
Anwar dan Azizah luangkan masa tonton konsert
Dalam kesibukan berkempen pada PRK Parlimen Port Dickson, calon Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sempat meluangkan masa menonton konsert.
![Ahli Parlimen letak jawatan tanpa sebab? Bayarlah ganti rugi' - Saiful Bukhari Ahli Parlimen letak jawatan tanpa sebab? Bayarlah ganti rugi' - Saiful Bukhari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/51538187576_SaifulBukhari.jpg)
Ahli Parlimen letak jawatan tanpa sebab? Bayarlah ganti rugi' - Saiful Bukhari
Calon paling muda Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, Mohd Saiful Bukhari Azlan mencadangkan supaya Ahli Parlimen yang meletak jawatan tanpa sebab kukuh perlu membayar ganti rugi.
![Stevie Chan cabar Anwar jawab lima soalan Stevie Chan cabar Anwar jawab lima soalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/61538433462_steviechan.jpg)
Stevie Chan cabar Anwar jawab lima soalan
Katanya persoalan tersebut adalah penting kerana beliau dan masyarakat ingin tahu mengapa keputusan PRK itu dibuat memandangkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) baru sahaja diadakan 9 Mei lalu.
!['Isu peletakan jawatan Ahli Parlimen PD tidak berbangkit' 'Isu peletakan jawatan Ahli Parlimen PD tidak berbangkit'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/51537143879_MOHDSOFI.jpg)
'Isu peletakan jawatan Ahli Parlimen PD tidak berbangkit'
Mohd Sofi Abdul Wahab berkata, manifesto telah menyatakan bahawa laluan akan diberikan kepada Anwar untuk bertanding selepas dibebaskan dari tahanan atau diampunkan hukuman penjara.
![Pas sedia lawan Anwar jika UMNO undur diri Pas sedia lawan Anwar jika UMNO undur diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/81536999580_TBLAWANANWARx.jpg)
Pas sedia lawan Anwar jika UMNO undur diri
Abdul Hadi berkata pihaknya tidak akan sesekali memberi kemenangan percuma kepada calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![PRK Port Dickson: BN akan tentukan dalam masa terdekat PRK Port Dickson: BN akan tentukan dalam masa terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/71524886101_MohamadHasan.jpg)
PRK Port Dickson: BN akan tentukan dalam masa terdekat
BN dijangka akan bermesyuarat dalam masa terdekat bagi menentukan sama ada akan meletak calon atau tidak dalam Pilihan Raya Kecil Port Dickson.
![Speaker terima surat peletakan jawatan Ahli Parlimen Port Dickson Speaker terima surat peletakan jawatan Ahli Parlimen Port Dickson](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/81536733863_speakerparlimen.jpg)
Speaker terima surat peletakan jawatan Ahli Parlimen Port Dickson
Parlimen hari ini sudah menerima surat peletakan jawatan Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Danyal Balagopal Abdullah yang mengosongkan kerusinya.