Malaysia, Thailand 10 negara kelab terbaik Asia, Indonesia nombor 25

Astro Arena
Februari 28, 2025 16:35 MYT
Malaysia dan Thailand sahaja selaku wakil Asia Tenggara yang berada dalam ranking negara kelab terbaik Asia AFC. - Stadium Astro
KEMAS KINI terbaharu kempen tertinggi Asia iaitu Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) dan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) menyaksikan kedudukan terkini negara yang diwakili kelab masing-masing menunjukkan prestasi terbaik dan bersaing secara sihat.
Kecemerlangan juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), melayakkan diri ke pusingan 16 ACLE memacu Malaysia dalam ranking Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) pada tahap yang sangat terpuji.
Secara rumusan, aksi pertengahan musim peringkat tertinggi itu meletakkan Malaysia di tangga kesepuluh di atas Iraq dan Australia.
Ini sekali gus, Malaysia berpotensi mempunyai slot dalam kejohanan yang sama serta membuka peluang kepada kelab Liga Malaysia (Liga-M) untuk bermain dalam ACL2 musim depan.

1 Saudi Arabia 2 Japan 3 Korea Republic The West Asian nation lead AFC Mens Club Competitions Mid-Season Ranking 2024/25! READ https://t.co/CKn4MxTjHW pic.twitter.com/5dvxrdFLe1

— #ACLElite | #ACLTwo (@TheAFCCL) February 27, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Untuk rekod, Malaysia dan Thailand sahaja selaku wakil Asia Tenggara yang berada dalam ranking negara kelab terbaik Asia.
Negara jiran, Indonesia, berada di tangga ke-25 sebaris dengan Bangladesh, Bhutan dan Maldives. --
Stadium Astro
#ranking kelab terbaik Asia #JDT #Konfederasi Bolasepak Asia #kelab Malaysia
;