Malaysia Super 100: Go Pei Kee-Teoh Mei Xing sah kejuaraan, benam pilihan utama
Astro Arena
Oktober 20, 2024 18:30 MYT
Oktober 20, 2024 18:30 MYT
KUALA LUMPUR: Go Pei Kee-Teoh Mei Xing membuatkan peminat badminton tempatan teruja apabila merangkul kejuaraan selepas menafikan keupayaan pilihan utama beregu wanita Kejohanan Badminton Malaysia Super 100.
Beregu kebangsaan itu memerlukan tempoh 42 minit untuk menundukkan wakil Taiwan merangkap pilihan utama, Chan Nicole Gonzales-Wei Ye Hong, dengan straight set di Stadium Juara, Bukit Kiara, sebentar tadi.
Namun, lima mata yang dikutip Nicole-Yun Yang meletakkan penghujung set pertama dalam keadaan getir 20-20.
Tetapi situasi longlai itu tidak dibiarkan berterusan apabila dua mata akhir dimuktamadkan beregu negara yang berada di kedudukan ke-112 itu untuk menutup permainan 22-20.
Pei Kee-Mei Xing yang hanya satu mata dipisahkan dengan penyingkiran berikutan kecederaan lutut yang menimpa Ng Qi Xuan.
Mereka konsisten untuk menawan set kedua 21-11 bagi mengesahkan kejuaraan. - Stadium Astro