Malaysia sekali lagi 'rantai' Syria 2-2

Astro Arena
Januari 9, 2024 08:10 MYT
Antara aksi menarik semasa perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Syria di Stadium Grand Hamad, Doha, Qatar, awal pagi tadi. - Foto FAM
MALAYSIA mempamerkan perkembangan positif menjelang saingan Piala Asia Qatar yang bakal bermula minggu hadapan susulan meraih keputusan seri 2-2 dengan Syria dalam aksi persahabatan antarabangsa pada Isnin (awal pagi tadi waktu Malaysia).
Ia merupakan perlawanan tertutup di antara kedua-dua pasukan namun Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memuat naik keputusan perlawanan menerusi laman sosial Facebook.
Malaysia membuka jaringan menerusi Arif Aiman Md Hanapi pada separuh masa pertama (minit ke-39) sebelum Syria bangkit dengan dua gol dalam tempoh empat minit di separuh masa kedua menerusi Pablo Sabbag (minit ke-70) dan Ibrahim Hesar (minit ke-74).
Sebelum Paulo Josue kembali mengikat kedudukan pada minit ke-78 sekali gus menyaksikan kedua-dua pasukan menamatkan perlawanan dengan keputusan seri.
Dalam aksi terdahulu, Malaysia-Syria turut seri dengan keputusan sama.
#Piala Asia Qatar #perlawanan persahabatan #Syria #harimau Malaya
;