Malaysia sedia anjur Sukan SEA 2017

Astro Arena
November 6, 2013 12:41 MYT
Harapan peminat sukan tempatan untuk kembali menyaksikan temasya Sukan SEA di tanah air kian menjadi kenyataan selepas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengesahkan Malaysia sedia menjadi tuan rumah temasya itu dan Sukan Para ASEAN 2017.
Ia selepas kementeriannya, sudah mendapat kelulusan jemaah menteri Jumaat lalu untuk kembali mengajurkan temasya dwi tahunan itu selepas kali terakhir menganjurkannya pada 2001.
Justeru, Khairy meminta Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memaklumkan secara rasmi kepada Persekutuan Sukan Sea (SGF) mengenai kesediaan malaysia jadi tuan rumah temasya itu pada 2017.
Khairy juga menegaskan malaysia tidak perlu peruntukkan besar untuk menganjurkan temasya itu ekoran sudah ada kemudahan dan venue bertaraf antarabangsa kecuali velodrom yang akan dibina di Nilai.
"Kita hanya akan naik taraf kemudahan-kemudahan sedia ada dan kita juga tidak akan membina perkampungan sukan baru.
"Kita akan hanya menggunakan hotel-hotel dan kemudahan sedia ada bagi mengawal kos," kata Khairy.
Dalam perkembangan berkiatan, Khairy mengakui bilangan sukan dipertandingkan pada Sukan Sea dan Sukan Para Asean 2017 akan diputuskan dalam masa terdekat.
"Perancangan asal kita adalah untuk buat sesetengah acara di Sabah dan Sarawak, di mana antara acara yang dicadangkan di sarawak ialah sukan akautik iatu renang dan terjun.
"Acara basikal lebih raya akan di adakan di Johor, trek pula akan diadakan di Nilai mankala Langkawi akan menjadi venue untuk kapal layar," kata Khairy lagi.
#Khairy Jamaluddin #MOM #SGF #Sukan SEA
;