Malaysia sasarkan lima tangga teratas dalam Kejohanan Gimrama Asia 2018 - Jimmy Tan Chi Min
Faiq Chong
Mac 1, 2018 12:36 MYT
Mac 1, 2018 12:36 MYT
Setiausaha Kehormat Persekutuan Gimnastik Malaysia Jimmy Tan Chi Min optimis skuad junior negara yang akan bersaing dalam Kejohanan Gimrama Asia 2018 mampu berada dalam kelompok lima teratas.
Kejohanan ini akan berlangsung dari 29 April hingga 2 Mei di Axiata Arena, Bukit Jalil. .
"Para kontinjen Malaysia bersiap sedia dari segi fizikal dan mental untuk beraksi dalam kejohanan gimrama," jelasnya.
Menurutnya, empat gimnas individu junior kebangsaan akan beraksi dalam kejohanan tersebut mengikut kategori, antaranya Rayna Hoh Khai Ling, Iris Hoo Xin En, Lok Mei Hui, dan Ilqa Ailisa Mohd Hezri.
Malaysia akan turun selaku tuan rumah dalam "16th Junior dan 10th Senior Rhythmic Gymnastics Asian Championship" untuk bersaing dengan 17 negara Asia yang lain bagi memburu tempat ke Sukan Olimpik Remaja 2018 di Buenos Aires 6 Oktober nanti.
#Asia
#Bukit Jalil
#gimnastik
#gimrama
#Jimmy Tan Chi Min
#Kejohanan Gimrama Asia 2018
#Malaysia
#Olimpik Remaja
#Persekutuan Gimnastik Malaysia
#remaja
#sukan