Malaysia raih emas kedua hari ini menerusi Cheah/Li Jane
Jun 10, 2015 23:40 MYT
Skuad boling negara berjaya menghadiahkan pingat emas kedua untuk Malaysia hari ini menerusi gandingan Esther Cheah dan Sin Li Jane dalam acara beregu wanita di Orchid Country Club.
Sementara itu, gandingannya, Esther Cheah turut gembira kerana berjaya bangkit balas kecewa selepas dia sekadar meraih gangsa dalam acara individu.
Li Jane dan Esther merangkul emas setelah merekodkan 2651 jatuhan pin.
Manakala satu lagi pasangan negara, Shalin Zulkifli dan Syaidatul Afifah berpuas hati dengan pingat gangsa selepas dipintas gandingan Indonesia, Sharon Santoso, Tannya Roumimper dengan dibezakan hanya 21 jatuhan pin.
Kali terakhir boling di pertandingkan di Jakarta 2011, Malaysia juga meraih emas, ketika itu menerusi pasangan Zandra Aziela dan Jacqueline Sijore.