Malaysia lawan Kyrgyzstan: LRT Bukit Jalil dilanjutkan sehingga 12.30 tengah malam

Astro Arena
November 15, 2023 15:25 MYT
Penyokong skuad negara boleh merancang perjalanan dengan lebih kemas dan usah khuatir masalah untuk memarkir kenderaan anda kerana LRT beroperasi. - Foto RapidKL
BERITA baik buat penyokong Harimau Malaya menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 bertemu Kyrgyzstan malam esok, operasi di Stesen Bukit Jalil bakal dilanjutkan sehingga ke jam 12.30 tengah malam.
Jadi buat penyokong skuad negara, sila rancang perjalanan dengan lebih kemas, usah khuatir masalah untuk memarkir kenderaan anda kerana LRT beroperasi.

Sempena kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, operasi Stesen Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga jam 12.30 tengah malam pada 16 November 2023. Rujuk poster untuk info lanjut.#RapidKL pic.twitter.com/dpKjTdxc0w

— Ask Rapid KL (@askrapidkl) November 15, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
#Kelayakan Piala Dunia 2026 #Malaysia lawan Kyrgyzstan #harimau Malaya #operasi LRT dilanjut
;