Malaysia memulihkan semula prestasi terumbang-ambing apabila layak ke pentas final dengan menewaskan Austria 3-1 pada perlawanan separuh akhir Kejohanan Hoki Siri Final Lelaki FIH 2019 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di sini, malam ini.
Kemenangan yang cukup berdebar di hadapan 3,000 penyokong tempatan itu bukan sahaja membolehkan skuad Malaysian Tigers menempah slot final menentang Kanada esok, malah menggenggam tiket automatik ke pusingan kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020, November ini.
Malaysia dan Kanada meraih dua slot ditawarkan ke kempen kelayakan Sukan Olimpik menerusi kejohanan ini.
Sebelum ini, Kanada bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk meleburkan rekod bersih Itali dengan kemenangan 3-1 dalam satu lagi aksi separuh akhir.
Selepas diaibkan Itali 4-2 pada pusingan peringkat kumpulan B dan mengharungi pusingan play-off mengatasi Wales 2-1, Malaysia tampil malam ini dengan penuh bersemangat dan menyakinkan pada suku pertama perlawanan.
Malaysia melancarkan gerakan kemas dan mula mengasak sebelum peluang terbaik hadir pada minit ke-11 apabila pukulan kencang Azrai Aizad Abu Kamal terkena tiang gol, disusuli percubaan oleh Fitri Saari.
Menerusi gerakan beberapa saat selepas itu, Malaysia dihadiahkan pukul sudut penalti dan Faizal Saari tidak melakukan kesilapan dengan jaringan pertama.
Ketika pemain Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi diperintah duduk di 'sinbin' (penggantungan sementara) selepas dikenakan kad hijau pada minit ke-31, Austria mengambil kesempatan untuk menyamakan kedudukan seminit kemudian menerusi Leon Thornblom.
Kedudukan terikat itu berlarutan sehingga akhir suku ketiga bagaikan perlawanan akan diheret ke penentuan penalti, namun Muhammad Marhan Jalil menyelamatkan keadaan apabila berada di kedudukn tepat untuk menolak masuk percubaan pukulan sudut penalti Faizal pada minit ke-56.
Meor Muhammad Azuan Hassan mengesahkan kemenangan Malaysian Tigers apabila melakukan jaringan padang pada minit ke-58.
Ketua jurulatih negara Roelant Oltmans berkata, selepas gol penyamaan, saingan bertambah lebih sengit dengan kepantasan permainan menjadi faktor penentu.
"Saya meminta pemain supaya meningkatkan kepantasan pada suku ketiga dan keempat dan ini menyebabkan Austria tidak dapat menandingi kita.
"Oleh itu rentak perlawanan membawa perbezaan. Austria cuba memperlahankan rentak dengan menguasai pergerakkan bola tetapi kita meneruskan rentak pantas serta barisan pertahanan menampilkan aksi yang cemerlang untuk menyerap asakan penyerang Austria, "katanya.
Sementara itu jurulatih Kanada, Paul Bundy, berazam menebus kekecewaan tewas dua kali kepada Malaysia pada Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, Mac lalu.
"Kali ini kita berharap untuk mengubah keputusan pada pertemuan ketiga selepas aksi di Ipoh itu. Selepas sampai ke tahap ini, kita sudah pasti mahu memburu gelaran ini," katanya.
Pada saingan Piala Sultan Azlan Shah, Malaysia menewaskan Kanada 3-2 pada pusingan awal dan 4-2 pada penentuan tempat ketiga.
Pada final esok, Malaysia dan Kanada akan bertemu pada jam 8.05 malam manakala perlawanan penentuan tempat ketiga antara Itali dan Austria akan berlangsung jam 5.50 petang. -- Bernama
Bernama
Fri May 03 2019
![Malaysia ke pentas final, tiket automatik ke kempen kelayakan Olimpik 2020 Malaysia ke pentas final, tiket automatik ke kempen kelayakan Olimpik 2020](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/61556897765_ksipemainMalaysia.jpg)
Marhan Jalil (dua, kiri) meraikan kejayaan menjaringkan gol di gawang Austria sewaktu perlawanan separuh akhir Kejohanan Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) Siri Akhir Lelaki Kuala Lumpur 2019 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada Jumaat. - BERNA
![Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739278343_TBGobind.jpg)
Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind
Gobind berkata, tindakan sedemikian bukan sahaja menyakitkan hati tetapi juga merosakkan keharmonian kaum.
![SOSMA perlu diperhalusi, tidak jejaskan keadilan dan martabat manusia - Lee Lam Thye SOSMA perlu diperhalusi, tidak jejaskan keadilan dan martabat manusia - Lee Lam Thye](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669556500_Leelamthye.jpg)
SOSMA perlu diperhalusi, tidak jejaskan keadilan dan martabat manusia - Lee Lam Thye
Lee berkata, walaupun objektifnya mengekalkan keselamatan dan kestabilan, ia tidak boleh mengorbankan hak asasi manusia dan kebebasan sivil.
Pemotong rumput jumpa bom tangan di LPT2
Ketua Polis Daerah Dungun Supt Maizura Abdul Kadir berkata lelaki itu menemukan satu objek yang mencurigakan pada pukul 12.50 tengah hari dan menghampirinya sebelum mendapati ia adalah sebutir bom tangan ketika sedang memotong rumput di lokasi berkenaan.
Polis kesan pemandu pacuan empat roda sengaja rempuh kereta
Polis sedang mengesan seorang pemandu pacuan empat roda berwarna kelabu yang disyaki dengan sengaja merempuh sebuah kereta dalam kejadian di Taman Manggis, Teluk Intan, pada Jumaat.
![Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739748481_GermanyProtest.jpg)
Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich
Rakaman menunjukkan pegawai menggunakan kekerasan terhadap beberapa individu yang terlibat dalam tunjuk perasaan oleh kumpulan sayap kanan.
Zelenskyy tiba di UAE, situasi perang antara tumpuan utama
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, dan isterinya, Olena, tiba di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada ahad.
Ukraine menyatakan lawatan rasmi itu akan memberi keutamaan kepada program kemanusiaan Olena Zelenska untuk memastikan lebih ramai rakyat negara itu dapat pulang dari tahanan selain membincangkan pelaburan serta kerjasama ekonomi.
Ukraine menyatakan lawatan rasmi itu akan memberi keutamaan kepada program kemanusiaan Olena Zelenska untuk memastikan lebih ramai rakyat negara itu dapat pulang dari tahanan selain membincangkan pelaburan serta kerjasama ekonomi.
Trump yakin dapat bertemu Putin bincang perang Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyatakan pada hari Ahad bahawa beliau yakin boleh bertemu Presiden Rusia, Vladimir Putin, dalam masa terdekat.
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan usaha menamatkan perang di Ukraine.
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan usaha menamatkan perang di Ukraine.
Turkiye bantu Syria baik pulih Lapangan Terbang Damsyik
Pasukan teknikal terdiri daripada 25 anggota dari Turkiye telah mula bekerja di Syria untuk membaik pulih Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik.
Menurut Menteri Pengangkutan Dan Infrastruktur Turkiye Abdulkadir Uraloglu pada Ahad, ini kerana lapangan terbang tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat beroperasi akibat perang saudara Syria selama 13 tahun.
Menurut Menteri Pengangkutan Dan Infrastruktur Turkiye Abdulkadir Uraloglu pada Ahad, ini kerana lapangan terbang tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat beroperasi akibat perang saudara Syria selama 13 tahun.
Hezbollah desak Israel berundur sepenuhnya dari Lubnan
Ketua kumpulan bersenjata Hezbollah di Lubnan menegaskan bahawa tentera Israel mesti berundur sepenuhnya dari wilayah Lubnan sebelum 18 Februari,
Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem turut menyatakan bahawa Israel tidak mempunyai alasan untuk mengekalkan kehadiran tenteranya di selatan negara itu.
Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem turut menyatakan bahawa Israel tidak mempunyai alasan untuk mengekalkan kehadiran tenteranya di selatan negara itu.
Trump ulangi sokongan terhadap tindakan Israel
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengulangi pada Ahad sokongannya terhadap tindakan seterusnya Israel di Gaza.
![4 maut pesawat ringan terhempas di pergunungan Austria 4 maut pesawat ringan terhempas di pergunungan Austria](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700988114_policeline.jpg)
4 maut pesawat ringan terhempas di pergunungan Austria
Kesemua empat penumpang sebuah pesawat ringan terbunuh dalam nahas di kawasan pergunungan di utara Austria, kata pihak berkuasa, lapor dpa.
![Duta Austria mahu perkukuh persahabatan Malaysia-Austria Duta Austria mahu perkukuh persahabatan Malaysia-Austria](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71686757085_TBFLAGMASHjpg.jpg)
Duta Austria mahu perkukuh persahabatan Malaysia-Austria
Hubungan Malaysia-Austria telah berkembang dengan baik sejak hubungan dua hala terjalin pada 1962, terutama dari segi ekonomi.
![Kedah terus terima pelaburan besar walaupun pandemik - Sanusi Kedah terus terima pelaburan besar walaupun pandemik - Sanusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81622458195_MuhammadSanusiMdN.jpg)
Kedah terus terima pelaburan besar walaupun pandemik - Sanusi
Kedah terus menerima pelaburan besar walaupun dalam persekitaran pandemik COVID-19 dan terkini membabitkan projek bernilai RM8.5 bilion dari syarikat Austria.
![Berdiri dalam kotak dipenuhi ais, lelaki Austria ini cipta rekod baharu! Berdiri dalam kotak dipenuhi ais, lelaki Austria ini cipta rekod baharu!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/41599381397_josefkoeberl.jpg)
Berdiri dalam kotak dipenuhi ais, lelaki Austria ini cipta rekod baharu!
Josef Koeberl, 42, berjaya menahan diri dalam suhu sejuk itu selama dua jam, 30 minit dan 57 saat.
![MotoGP: Saya anggap diri saya amat bertuah - Morbidelli MotoGP: Saya anggap diri saya amat bertuah - Morbidelli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/61597661574_FrancoMorbidelli.jpg)
MotoGP: Saya anggap diri saya amat bertuah - Morbidelli
"Saya mengalami bengkak, tetapi semuanya baik. Melihat pada rakaman kemalangan itu, saya bersyukur selamat."
![Pengeluar tudung tempatan perkenal tudung bernilai RM100,000 Pengeluar tudung tempatan perkenal tudung bernilai RM100,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/41597316890_TudungK.jpg)
Pengeluar tudung tempatan perkenal tudung bernilai RM100,000
Tudung itu diperbuat daripada fabrik voile berdiameter 1.14 meter, ditaburi 7,512 kristal Swarovski pelbagai warna dan bentuk.
![Austria catat dua jangkitan pertama COVID-19 Austria catat dua jangkitan pertama COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/71580119238_TBCORONAKLIA.jpg)
Austria catat dua jangkitan pertama COVID-19
Pasangan dari Bergamo di Lombardy itu telah berpindah ke Austria pada Jumaat dan kini dirawat di Innsbruck.
![Berbakat sungguh! Panda di zoo Austria hasilkan lukisan berharga ratusan Euro! Berbakat sungguh! Panda di zoo Austria hasilkan lukisan berharga ratusan Euro!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/51535382069_PandaLukis.jpg)
Berbakat sungguh! Panda di zoo Austria hasilkan lukisan berharga ratusan Euro!
Hampir 100 karya lukisan Yang Yang telah dijual secara dalam talian pada harga 490 Euro (RM2,340) setiap satu.
![Anggota polis di Jerman cedera ditembak rakan setugas Anggota polis di Jerman cedera ditembak rakan setugas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/41528066197_BERLINSHOOTING.jpg)
Anggota polis di Jerman cedera ditembak rakan setugas
Mereka telah masuk ke gereja itu susulan kehadiran seorang lelaki warganegara Austria berusia 53 tahun yang memegang pisau dan bertindak menjerit-jerit di dalam gereja.