Malaysia jumpa Taiwan di suku akhir Piala Thomas
Bernama
Mei 19, 2016 09:56 MYT
Mei 19, 2016 09:56 MYT
Malaysia mendapat laluan mudah ke separuh akhir selepas diundi menentang Taiwan di suku akhir Piala Thomas, pada Khamis.
Kejayaan menjuarai Kumpulan C selepas menundukkan Korea Selatan, sekali gus membolehkan skuad negara mengelak pertembungan awal dengan pasukan pilihan lain seperti China dan Indonesia.
Undian yang diadakan sejurus selepas tamat perlawanan terakhir peringkat kumpulan malam ini, menyaksikan juara bertahan, Jepun yang menjadi naib juara Kumpulan A diundi menentang Denmark.
Tuan rumah, China pula akan berdepan Korea Selatan manakala Indonesia bertemu Hong Kong.
Majlis undian peringkat kalah mati itu disaksikan Ketua Pengadil, pengurus pasukan dan media.
Dalam undian Piala Uber pula, juara bertahan yang juga pilihan utama, China akan berdepan Taiwan manakala Jepun akan menentang Denmark.
Dua lagi aksi suku akhir adalah antara Korea Selatan menentang Indonesia dan Thailand berdepan India.