Malaysia benam Thailand untuk muncul juara sepak takraw Super Series ISTAF

Astro Arena
Februari 8, 2015 18:10 MYT
Skuad sepak takraw negara hari ini melakar sejarah selepas berjaya membenam musuh tradisi Thailand 21-7, 21-19 pada aksi Final Siri Super ISTAF 2015. - Foto Astro Arena
Skuad sepak takraw negara hari ini melakar sejarah selepas berjaya membenam musuh tradisi Thailand 21-7, 21-19 pada aksi Final Siri Super ISTAF 2015 yang berlangsung di MITC Melaka.
Gandingan kapten Farhan Adam, killer Hanafiah Dollah dan tekong Syahir Rosdi sememangnya cukup mantap sekaligus menaikkan kembali nama Malaysia dalam arena sukan sepak takraw yang sebelum ini didominasi pasukan Thailand.
Keputusan ini sememangnya ditunggu-tunggu oleh peminat sukan sepak takraw tanah air bagi mengubati kekecewaan akan prestasi hambar skuad sepak takraw negara sebelum ini.
#Malaysia #sepak takraw #Siri Super ISTAF 2015 #Thailand
;