Malaysia benam Filipina 40-8 pada Kejohanan Ragbi Asia

Astro Awani
Mei 17, 2017 12:25 MYT
Malaysia sekali lagi mempamerkan aksi memukau apabila membenam Filipina 40-8 di Kejohanan Ragbi Asia (ARC) pada perlawanan kedua di Padang Ipoh hari ini. -Gambar fail
Malaysia sekali lagi mempamerkan aksi memukau apabila membenam Filipina 40-8 di Kejohanan Ragbi Asia (ARC) pada perlawanan kedua di Padang Ipoh hari ini.
Kemenangan itu menyaksikan Malaysia kukuh di tangga pertama Divisyen Satu dengan mengutip 10 mata.
Pada perlawanan pertama Ahad lalu, Malaysia cemerlang menjinakkan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 36-22.
Malaysia bakal bertemu Sri Lanka pada perlawanan penentuan Sabtu ini untuk layak bergelar juara, sekali gus berada dalam kumpulan saingan kelayakan Piala Dunia 2019 di Jepun.
#ARC #Emiriah Arab Bersatu #Filipina #Kejohanan Ragbi Asia #Sri Lanka #UAE