Makarova, Ferrer catat kemenangan di Australia
Astro Awani
Januari 20, 2013 06:59 MYT
Januari 20, 2013 06:59 MYT
Bintang tenis dunia Ekaterina Makarova dan David Ferrer meneruskan kemaraan mereka di Terbuka Australia selepas mencatat kemenangan ke atas lawan masing-masing.
Aksi pusingan keempat menemukan Makarova dan pilihan kelima, Angelique Kerber.
Berlangsung di Arena Rod Laver, Makarova mempamer corak permainan konsisten bagi melakar kemenangan 7-5, 6-4.
Beralih ke saingan lelaki, Ferrer tidak berdepan kesukaran dalam pertemuannya dengan Kei Nishikori dari Jepun.
Perlawanan ini dikuasai sepenuhnya Ferrer yang memperoleh kemenangan 6-2, 6-1 dan 6-4.
Ferrer kini akan berdepan rakan senegara dari Sepanyol, Nicolas Almagro di suku akhir.
Sementara itu, pilihan keempat, Agnieszka Radwanska melepasi halangan pusingan ketiga.
Dia menewaskan bekas pemain nombor satu dunia, Ana Ivanovic dari Serbia.
Radwanska yang juga finalis kejohanan Wimbledon tahun lalu menang dengan keputusan straight sets 6-2, 6-4.