Mahukan Griezmann? United perlu layak ke UCL
Astro Arena
April 8, 2017 12:38 MYT
April 8, 2017 12:38 MYT
MANCHESTER United telah diberikan amaran bahawa aksi Liga Juara-Juara (UCL) adalah penting buat mereka untuk menandatangani bintang Atletico Madrid, Antoine Griezmann, pada penghujung musim ini.
Skuad kendalian Jose Mourinho telah lama dikaitkan untuk menandatangani pemain kebangsaan Perancis itu, yang memiliki klausa pelepasan bernilai EURO100 juta.
Penasihat Griezmann, Eric Olhats, berkata kegagalan United untuk melayakkan diri ke UCL mungkin akan menjejaskan peluang mereka untuk mendapatkan khidmat pemain tersebut.
"Jika United gagal untuk beraksi dalam UCL musim hadapan, ia akan menjadi kesukaran buat mereka mendapatkan pemain-pemain bertaraf bintang," katanya.
Olhats mendedahkan United berkemungkinan mendapat saingan daripada Barcelona, Chelsea, Manchester City dan Real Madrid yang juga berminat untuk menagih khidmat Griezmann.
"Chelsea, Manchester City, Barcelona dan Real sudah bersedia memberikan tawaran untuk pemain tersebut.
Di kala Griezmann sedang mempertimbangkan pilihannya, kekal di Atletico dan masih berbaki kontrak sehingga 2021 juga merupakan salah satu kebarangkalian.
"Atletico pernah menjuarai LaLiga, dan dua kali ke pentas final. Mereka hanya menanti masa untuk menjuarainya.
"Mustahil buat Griezmann sertai Real, tidak mungkin Griezmann akan menyertai musuh tradisi pasukannya."
#Antoine Griezmann
#Atletico Madrid
#Eric Olhats
#Jose Mourinho
#Liga Juara-Juara
#Manchester United