Mahu atau tidak, Mbappe kekal di PSG, kata Al-Khelaifi

Astro Arena
Ogos 12, 2021 08:13 MYT
Kontrak Mbappe berbaki kurang daripada setahun dengan kelab Ligue 1 itu. - Foto Astro ARENA
KYLIAN Mbappe 'tidak mempunyai alasan' untuk meninggalkan Paris Saint-Germain setelah kedatangan Lionel Messi, menurut presiden kelab, Nasser Al-Khelaifi.
Messi diperkenalkan pada sidang media di Parc des Princes semalam sementara ribuan peminat berkumpul di luar stadium untuk menyambut penyerang bertaraf legenda itu.
Kapten Argentina menandatangani perjanjian dua tahun, dengan pilihan untuk melanjutkannya tambahan 12 bulan, setelah Barcelona tidak dapat menepati syarat yang mereka dipersetujui dengan pemain berusia 34 tahun itu kerana masalah kewangan.
Kontrak Mbappe berbaki kurang daripada setahun dengan kelab Ligue 1 itu tetapi presiden PSG, Al-Khelaifi, percaya penyerang Perancis itu tidak mempunyai pilihan selain kekal dan bermain bersama Messi dan Neymar.
"Semua orang tahu masa depan Kylian," kata Al-Khelaifi. "Dia pemain kompetitif yang mahu memenangi trofi - dia mengatakannya sendiri.
"Dia mahukan pasukan yang kompetitif, [dengan Messi] tidak ada alasan. Dia tidak dapat melakukan apa-apa selain kekal."

The view from outside the Parc! #PSGxMESSI pic.twitter.com/26oO8CAUPB

— Paris Saint-Germain (@PSG_English) August 11, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Paris Saint-Germain #PSG #Lionel Messi #Kylian Mbappe #Parc de Princes
;