Mahkamah denda bekas penjaga gol Arsenal
Sinar Harian
September 29, 2024 08:45 MYT
September 29, 2024 08:45 MYT
BEKAS penjaga gol Arsenal dan Jerman, Jens Lehmann didenda sebanyak 135,000 euro ($150,700) oleh mahkamah di Starnberg selepas merosakkan garaj jirannya menggunakan gergaji rantai.
Lehmann, yang dituduh pendakwa raya menggergaji rasuk bumbung di garaj, pada mulanya didenda 420,000 euro berhubung insiden pada Julai 2022, yang dikurangkan atas rayuan.
“Lehmann menerima tanggungjawab. Dia telah mencapai persetujuan dengan jirannya,” media Jerman memetik peguam Lehmann, Florian Ufer sebagai berkata selepas keputusan pada Sabtu.
Lehmann, yang juga dituduh mengelak pembayaran bayaran tempat letak kereta di Lapangan Terbang Munich, kini telah menyelesaikan perkara berkenaan, tambah Ufer. - Sinar Harian