Mahathir ucap tahniah Malaysia juara AFF B-19

Bernama
Julai 15, 2018 13:10 MYT
Skuad muda negara bimbingan Bojan Hodak mengharumkan nama negara dengan menewaskan Myanmar 4-3. - Foto FAM Facebook
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah kepada skuad Malaysia yang muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Bawah 19 Tahun (B-19) di Stadium Delta Sidoarjo, Surabaya, Indonesia malam tadi.
Dr Mahathir sekali gus mahu mereka meningkatkan lagi usaha untuk melakar lagi kejayaan pada masa hadapan.
"Tahniah saya ucapkan kepada pasukan Harimau Muda yang memenangi pertandingan #AFFU19CHAMPIONSHIP2018 semalam.
"Tingkatkan lagi usaha, kejayaan yang lebih tinggi pasti tercapai. Malaysia Boleh!," katanya melalui hantaran dalam laman Twitter.

Tahniah saya ucapkan kepada pasukan Harimau Muda yang memenangi pertandingan #AFFU19CHAMPIONSHIP2018 semalam. Tingkatkan lagi usaha, kejayaan yang lebih tinggi pasti tercapai. Malaysia Boleh! https://t.co/iq6zBBTbc1

— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) July 15, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Syed Saddiq buat warga Indonesia terpegun
Skuad muda negara bimbingan Bojan Hodak mengharumkan nama negara dengan menewaskan Myanmar 4-3.
Untuk rekod, Malaysia sekadar muncul naib juara pada 2003, 2005, 2006, 2007 dan 2017.
-- BERNAMA
#AFF #ASEAN #B-19 #Bawah 19 Tahun #Bola Sepak Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN #Indonesia #Mahathir Mohamad #Malaysia #Perdana Menteri #Tun Dr Mahathir Mohamad
;