Madame Pang, wanita pertama dilantik Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand

Agensi
Februari 8, 2024 20:10 MYT
Madame Pang mendapat 68 undian berbanding dua undian diterima Warong Witthaya manakala satu undi buat Thanasak Surprarasert. - Foto/IG @welove_panglamsam
BANGKOK: Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) pada Khamis melantik Nualphan Lamsam, yang juga dikenali sebagai “Madame Pang”, sebagai presiden baharunya.
Media antarabangsa melaporkan, jutawan itu mendapat sokongan luar biasa daripada perwakilan, dengan memperoleh 69 daripada 73 undi untuk dilantik sebagai Presiden FA ke-18.
Ia sekali gus menyaksikan Madame Pang, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Muang Thai Insurance, menjadi wanita pertama yang memegang jawatan sebagai presiden.
Madame Pang mendapat 68 undian berbanding dua undian diterima Warong Witthaya manakala satu undi buat Thanasak Surprarasert.
Wanita berusia 57 tahun itu berdepan empat saingan lain termasuk Polleen Ngampring, Warong Thiwthat, Thanasak Suraprasert, serta Wang-ong Napalai.
Madame Pang yang juga veteran politik merupakan pemilik Port FC, yang menduduki liga teratas Thailand.
Sebelum ini Madame Pang memaklumkan keputusan merebut jawatan Presiden FAT kerana ingin meningkatkan kualiti bola sepak negara itu.
#Madame Pang #Persatuan Bola Sepak Thailand #Nualphan Lamsam
;