Macam pertunjukan fesyen, Mongolia peragakan uniform Olimpik Paris 2024

Agensi
Julai 13, 2024 14:21 MYT
Direka oleh pereka fesyen tempatan terkenal, Michel & Amazonka, uniform tersebut dipamerkan pada acara pembukaan dan penutup bagi mewakili atlet Mongolia di Olimpik Paris. - Foto Facebook Michel & Amazonka
SEPERTI pertunjukan fesyen, itulah gambaran yang diberikan terhadap uniform rasmi Olimpik Paris 2024 kontinjen Mongolia.

Ringkasan AI
  • Uniform Olimpik Mongolia 2024 direka oleh pereka tempatan Michel & Amazonka.
  • Rekaannya menonjolkan identiti budaya Mongolia dan mendapat pujian ramai.
  • Uniform tersebut dipamerkan pada acara pembukaan dan penutup Olimpik Paris.

Direka oleh pereka fesyen tempatan terkenal, Michel & Amazonka, uniform tersebut dipamerkan pada acara pembukaan dan penutup bagi mewakili atlet Mongolia di Olimpik Paris.
Rekaannya yang unik serta disulami elemen pakaian tradisional negara itu juga telah menarik perhatian ramai, selain mendapat pujian dari netizen yang terpukau dengan keindahan dan perincian 'busana' tersebut.
Acara pembukaan Sukan Olimpik yang akan berlangsung di Paris pada 26 Julai ini dijangka dihadiri oleh 10,500 atlet dari 206 negara serta hampir 120 pemimpin dunia.
Atlet-atlet tersebut akan bersaing dalam 32 sukan berbeza dan 339 acara.
Perarakan masuk kontinjen-kontinjen juga dilihat sebagai salah satu acara penting dan menjadi tumpuan dunia pada hari pembukaan nanti.

Франц улсын Парис хотод зохион байгуулагдах XXXIII удаагийн зуны Олимпод оролцох Монголын баг тамирчдын ёслолын буюу...

Posted by Michel & Amazonka on
#Mongolia #uniform olimpik #olimpik paris 2024 #pertunjukan fesyen