Harimau Malaysia berazam mengakhiri kemarau kemenangan perlawanan pembukaan kejohanan bola sepak Piala AFF Suzuki apabila menentang Kemboja dalam kumpulan B di Stadium Thuwunna di sini, Ahad ini.
Skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee mahu mengubah rekod buruk Malaysia dalam perlawanan pembukaan sejak tiga edisi lepas bermula pada 2010, 2012 dan 2014.
Kemenangan ke atas Kemboja amat ditagih oleh Kim Swee kerana ia nyata mampu menyuntik semangat dan meningkatkan motivasi pemain untuk memburu keputusan positif apabila menentang Vienam dan Myanmar dalam saingan peringkat kumpulan.
Selepas pertemuan dengan Kemboja, skuad negara akan berdepan dengan Vietnam pada 23 Nov dan melengkapkan jadual pusingan awal menentang tuan rumah, Myanmar, pada 26 Nov ini.
"Kita mesti kurang melakukan kesilapan dan bijak memanfaatkan setiap peluang bagi meraih mata penuh Ahad ini kerana ia mampu menyuntik lebih keyakinan untuk mengahadapi dua perlawanan seterusnya," kata Kim Swee sebelum sesi latihan di stadium berkenaan, hari ini.
Bagaimanapun, katanya, mereka sudah pasti tidak akan memandang mudah cabaran Kemboja kerana pasukan itu sudah mengharungi 13 perlawanan antarabangsa sebelum ini.
"Jika kita memandang mudah Kemboja, sudah tentu kita akan menerima padah nanti....Saya percaya pemain faham situasi ini dan mereka bersedia melakukan kejutan juga," jelas pengendali kelahiran Melaka itu.
Beliau juga menuntut pemain supaya melupakan seketika soal perpindahan ke pasukan lain dalam Liga Malaysia musim baharu tahun depan dan menumpukan perhatian penuh dalam membantu skuad negara melakarkan keputusan positif pada kejohanan edisi ke-10 itu.
Mengulas mengenai keadaan cuaca panas sehingga mencecah 32 darjah Celcius serta keadaan padang yang agak teruk di sini, Kim Swee menegaskan ia tidak menjadi masalah kerana mereka pernah beraksi di venue yang sama ketika seri tanpa jaringan dengan Myanmar pada aksi persahabatan antarabangsa, 28 Mei lepas.
Juara bertahan, Thailand, yang memburu kejuaraan kelima pada kali ini mengetuai cabaran kumpulan A bersama Singapura, Indonesia dan tuan rumah bersama, Filipina, yang bermula esok sehingga 25 Nov ini.
Berdasarkan format kejohanan, dua pasukan terbaik daripada kumpulan A dan B mara ke separuh akhir yang diadakan mengikut format timbal balik pada 3 dan 4 Dis serta 7 dan 8 Dis ini. - BERNAMA
Bernama
Fri Nov 18 2016
Kemenangan ke atas Kemboja amat ditagih oleh Kim Swee kerana ia nyata mampu menyuntik semangat dan meningkatkan motivasi pemain untuk memburu keputusan positif apabila menentang Vienam dan Myanmar dalam saingan peringkat kumpulan. - Gambar fail
Curi barang kemas: Polis serah kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara
Rusdi berkata pihaknya juga mencadangkan pertuduhan terhadap suspek di mahkamah dan buat masa ini suspek masih bertugas.
Consider This: 2024 US Election (Part 1) — Gaza and the Ballot
It’s Election Day in the US, and swing state Michigan is in the spotlight. Michigan has the country’s largest proportion of Arab-Americans, and was once a Democratic stronghold. But frustrations over America’s support for Israel in its war on Gaza, means that in Michigan, the race between Kamala Herris and Donald Trump is impossibly close. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Professor Saeed Khan, Founding member of the Institute for Social Policy and Understanding. He’s also an associate professor of Near Eastern and Asian Studies at Wayne State University.
MTL: JAKOA siap sedia hadapi banjir
JAKOA sudah bersiap sedia bagi menghadapi MTL yang bermula hari ini hingga Mac tahun depan bagi memastikan penduduk Orang Asli di kawasan berisiko terjejas banjir dapat diberi bantuan segera.
Consider This: 2024 US Election (Part 2) — Gaza and the Ballot
It’s Election Day in the US, and swing state Michigan is in the spotlight. Michigan has the country’s largest proportion of Arab-Americans, and was once a Democratic stronghold. But frustrations over America’s support for Israel in its war on Gaza, means that in Michigan, the race between Kamala Herris and Donald Trump is impossibly close. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Hayg Oshagan, Founder and Director of New Michigan Media. He’s also an Associate Professor in the Department of Communication at Wayne State University.
AWANI Ringkas: KDN beri penjelasan di Dewan Rakyat Khamis ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Teknologi pengecasan tanpa wayar ada potensi besar berkembang di Malaysia -MARii
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Automotive, Robotics and Internet of Things Institute (MARii), Azrul Reza Aziz berkata teknologi pengecasan tanpa wayar bagi kenderaan elektrik (EV) mempunyai potensi untuk berkembang di Malaysia. Jelasnya, ia antara teknologi yang pesar membangun, berbanding teknologi pertukaran bateri yang memerlukan kos pembangunan fasiliti yang tinggi. #AgendaAWANI
RUU Sewaan Kediaman digubal secara neutral, tidak diskriminasi mana-mana kaum - KPKT
Sebarang penyediaan program perumahan serta penggubalan undang-undang dan peraturan berkaitan perumahan adalah bersifat neutral dan tidak meminggirkan atau mendiskriminasi mana-mana bangsa dan agama.
Standard Pertukaran Bateri akan diperkenalkan menjelang akhir tahun - MARii
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Automotive, Robotics and Internet of Things Institute (MARii), Azrul Reza Aziz berkata Standard Pertukaran Bateri atau Battery Swapping Standard akan dijangka akan diperkenalkan pada akhir tahun ini. Jelasnya, standard ini melibatkan kenderaan elektrik (EV) dua roda bagi memastikan akses kepada kenderaan EV lebih luas. #AgendaAWANI Agenda AWANI
PRR pertama akan dilancarkan pada 2025, sempena kepengerusian ASEAN Malaysia - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata Program Residensi Rakyat (PRR) pertama akan dilancarkan pada tahun 2025. Jelasnya, ia sempena kepengerusian ASEAN yang akan diterajui oleh Malaysia. #AgendaAWANI
PRR akan kuatkuasa penggunaan kad akses penghuni, pastikan kos penyelenggaraan dibayar - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata Program Residensi Rakyat (PRR) akan kuatkuaskan penggunaan kad akses kepada penghuni untuk pastikan kos penyelenggaraan dilangsaikan. Jelasnya, bagi penghuni yang tidak membayar komitmen tetap kepada PRR, maka individu tersebut akan dihalang daripada meningkat fasiliti di perumahan awam terbabit. #AgendaAWANI
Gol Pawi bukan biasa-biasa
Akmal Rizal Ahmad Rakhli menyokong sekiranya gol ketiga pasukan kendalian Kim Pan-gon itu dicalonkan untuk Anugerah Puskas.
Bekas jurulatih belia Barcelona B bantu Kim Pan-gon kemudi skuad Harimau Malaya
Empat individu menjadi taruhan beliau dan yang paling mencuri tumpuan ialah Pau Marti Vicente yang sebelum ini merupakan pembantu jurulatih skuad bawah 19 (B-19) tahun kelab Barcelona B.
'Shebby nampak penat ketika berbasikal, cuaca pula panas' - Aidil Zafuan
Mendiang seringkali dilihat keluar berbasikal di sekitar kawasan kejiranan kerana dia memang aktif bersukan.
Piala AFF Suzuki: Harimau Malaya tewas 0-3 kepada Vietnam
Misi skuad tanah air diteruskan dengan perlawanan menentang Indonesia pada 19 Disember (Ahad) dalam peringkat kumpulan.
Piala AFF Suzuki: Harimau Malaya genggam tiga mata pertama, baham Kemboja 3-1
Skuad Kemboja tidak menamatkan perlawanan dengan tiada sebarang gol, selepas hasil jaringan penalti pada minit ke-90 oleh Sath Rosib.
Takiyuddin tidak hadir Parlimen, disahkan positif COVID-19
Perkara itu disampaikan Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika bangkit untuk menjawab soalan.
Cools, Luqman dipanggil sertai Harimau Malaysia bertemu Jordan, Uzbekistan
Skuad kebangsaan dijadualkan menentang negara tuan rumah 6 Oktober sebelum bertemu Uzbekistan tiga hari kemudian.
Jordan, Uzbekistan pilihan tepat uji Harimau Malaya - Cheng Hoe
Ia di kala ada yang beranggapan skuad negara perlu bertemu pasukan kerdil untuk membina semula selepas gagal ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022 Jun lalu.
Hak prerogatif Cheng Hoe tentukan pemilihan pemain - Dollah
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Tan Cheng Hoe perlu diberi ruang sepenuhnya menggalas tanggungjawab membimbing skuad Harimau Malaya, terutama dalam aspek pemilihan pemain.
Kedudukan Cheng Hoe masih selamat
Ketua jurulatih kebangsaan Tan Cheng Hoe masih diberi mandat untuk terus membimbing skuad Harimau Malaya bagi menghadapi pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023 yang dijadual tahun depan.