Lyon bantu PSG sahkan gelaran Ligue 1
Astro Arena
April 29, 2024 12:31 MYT
April 29, 2024 12:31 MYT
PARIS Saint-Germain (PSG) dinobatkan sebagai juara Ligue 1 selepas Lyon mengatasi Monaco 3-2, awal pagi tadi.
Kemenangan 4-1 ke atas Lorient di pertengahan minggu lalu akan menjamin gelaran buat skuad kendalian Luis Enrique itu, tetapi PSG bergelut ketika berdepan Le Havre yang diancam penyingkiran.
Perlawanan itu adalah perlawanan ke-1,900 kelab itu dalam liga utama Perancis.
Bagaimanapun, penantian PSG untuk memenangi kejuaraan ketiga berturut-turut mereka tidak bertahan lama berikutan kurang daripada 24 jam kemudian, Lyon yang akan menentang PSG dalam perlawanan akhir Coupe de France pada hujung bulan depan memudahkan tugas mereka itu dengan meranapkan impian Monaco.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro