Luqman Hakim 'menuntut' ilmu dengan Nakamura
Astro Arena
Jun 12, 2024 17:15 MYT
Jun 12, 2024 17:15 MYT
PENYERANG negara, Luqman Hakim Shamsudin, berkongsi gambar di media sosial bersama legenda bola sepak Jepun, Shinsuke Nakamura.
Pemain yang berkhidmat bersama kelab Liga J3, YSCC Yokohama, sempat meluangkan masa dengan bekas pemain Jepun yang cukup berbisa dalam mengambil sepakan percuma.
Ketika ini, Nakamura bertindak sebagai Yokohama FC dalam saingan Liga J1 dan menghuni tangga ketiga liga.
Pertemuan empat mata dalam dua individu ini mungkin boleh menjadi peluang buat Luqman Hakim melebarkan sayap beraksi di liga utama Jepun pada masa akan datang.
*Artikel disiarkan di Stadium Astro