Luqman Hakim buat penampilan pertama bersama Kortrijk
Astro Arena
Oktober 24, 2020 09:53 MYT
Oktober 24, 2020 09:53 MYT
PENYERANG muda negara, Luqman Hakim Shamsudin, mencipta sejarah baru apabila menjadi pemain Malaysia pertama diturunkan beraksi dalam liga divisyen utama di Eropah.
Pemain berusia 18 tahun itu dimasukkan sebagai pemain gantian ketika KV Kortrijk tewas 1-3 kepada Anderlecht dalam saingan Belgium Pro League awal pagi tadi.
Luqman Hakim dimasukkan pada minit ke-74 bagi menggantikan Petar Golubovic dan biarpun hanya beraksi selama 16 minit, dia menjadi pencetus Kortrijk memperoleh sepakan penalti yang disempurnakan Ilombe Mboyo pada minit ke-86.
Terdahulu, Anderlecht yang dikemudi bekas kapten Manchester City, Vincent Kompany, selesa mendahului dengan tiga gol hasi jaringan Lucas Nmecha (2) dan Percy Tau.
#Luqman Hakim Shamsudin
#sejarah
#Malaysia
#bola sepak
#eropah
#liga divisyen utama
#Anderlecht
#KV Kortrijk
#pemain gantian
#Petar Golubovic
#Belgium Pro League