Lupakan Piala AFF, kata K.Rajagobal (Video)

Astro Awani
Disember 15, 2012 10:29 MYT
Pengendali skuad senior kebangsaan Datuk K.Rajagobal meminta anak buahnya melupakan episod duka Piala AFF.
Sebaliknya, beliau menuntut komitmen kesemua pemain untuk fokus bagi menghadapi pusingan kelayakan Piala Asia 2015 yang bermula Februari depan.
Malaysia kalah kepada Thailand dengan agregat 3-1 dalam perlawanan separuh akhir Piala AFF. Thailand, manakala, akan bertemu Singapura di perlawanan akhir.
Walaupun bermain dengan sepuluh pemain, Farizal menyaksikan rakan-rakannya mampu memberi komitmen tinggi.
Apa pun, aksi penjaga gol Perak ini perlu diberi pujian.
Bertindak sebagai penjaga gol kedua pada awalnya, Farizal hanya melepaskan empat gol dalam empat perlawanan.
#Farizal Marlias #K.Rajagobal #Malaysia #Piala AFF #Thailand
;