Lupakan isu bangsa final, Ultras Malaya seru penyokong 'serang' stadium esok

Madiha Abdullah
Mac 25, 2019 18:26 MYT
Ultras Malaya ketuai kempen 'hasut' penyokong ke stadium esok. - Astro AWANI / Shahir Omar
LUPAKAN isu 'bangsa final'.
Kumpulan penyokong Harimau Malaya, Ultras Malaya (UM), menyeru semua peminat bola sepak tempatan agar hadir ke perlawanan penting yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam, pada Selasa.
Perlawanan genting itu akan menyaksikan pasukan negara berdepan dengan China dalam perlawanan kelayakan AFC B-23.
Pasukan negara masih berpeluang layak ke kejohanan itu yang akan berlangsung pada Januari tahun hadapan di Thailand, namun memerlukan kedudukan selesa dengan menang dalam perlawanan esok.
Di laman sosial, UM mengetuai kempen 'menghasut' penyokong datang ke stadium kerana sorakan penyokong sangat penting untuk memastikan Harimau Malaya turun dengan semangat juang tinggi.
Tidak ketinggalan, jurulatih pasukan B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee yang memuat naik entri berikut ke Twitter.

We must be better than this. We need you Malaysians... #DEMINEGARA https://t.co/oXhWg60IqU

— ONG KIM SWEE (@OKS_HarimauMsia) March 25, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam edisi sebelum ini, pasukan kebangsaan berjaya layak sehingga ke peringkat suku akhir kejohanan itu, yang menyaksikan mereka tewas tipis di tangan Korea Selatan.
#AFC B-23 #bola sepak #China #harimau Malaya #laman sosial #penyokong #Ultras Malaya
;